Rabu, 19 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Bekas polis Indonesia didapati bersalah

Posted:

Bekas polis Indonesia didapati bersalah

Bekas polis Indonesia didapati bersalah

DEPOK, Indonesia 19 Jan. - Seorang bekas pegawai polis Indonesia yang didakwa sebagai ahli gabungan al-Qaeda, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana membekalkan senjata kepada militan, hari ini.

Hakim Dwiarso Budi Santiarto memberitahu mahkamah di sini, Mohammed Sofyan Tsauri, 34, didapati bersalah menjual 24 unit senjata api termasuk AK-47 dan M-16 kepada pelampau yang mempunyai kaitan dengan sebuah kem latihan yang dibongkar pihak berkuasa Februari 2010 di wilayah Aceh.

"Dia menjual senjata-senjata itu pada harga 325 juta rupiah (RM113,040) dan memperoleh keuntungan sebanyak 28.1 juta rupiah (RM9,483) daripada penjualan itu.

"Tindakannya itu meletakkan nyawanya dan orang lain dalam bahaya dan dia turut mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat," katanya.

Santiarto berkata, hukuman yang dikenakan ke atas Mohammed Sofyan itu kurang lima tahun berbanding tempoh 15 tahun yang dicadangkan pendakwa raya, atas alasan dia berkelakuan baik, tidak pernah disabit kesalahan dan pernah berkhidmat dalam pasukan polis.

Dikenali sebagai Abu Ayyash, dia ditahan tahun lalu dalam operasi menghapuskan militan yang setia kepada Dulmatin, seorang daripada pengganas yang merancang pengeboman Bali 2002 yang meragut 202 nyawa.

Dulmatin mati ditembak dalam satu serbuan polis Mac 2010. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Banjir: Penduduk Kerang di Australia digesa pindah

Posted:

Banjir: Penduduk Kerang di Australia digesa pindah

Banjir: Penduduk Kerang di Australia digesa pindah

MELBOURNE 19 Jan. - Pihak berkuasa Australia hari ini menggesa penduduk di bandar-bandar di tenggara negara ini meninggalkan kediaman mereka dengan membawa bekalan makanan untuk tempoh tiga hari.

Gesaan itu dibuat ekoran meningkatnya paras air sungai Lodden yang mengancam satu lagi kawasan penduduk, sekali gus memburukkan lagi krisis banjir di negara ini yang telah pun memusnahkan industri perlombongan di negara ini.

Lebih 1,500 rumah di Kerang, utara negeri Victoria mungkin terjejas jika sungai Lodden terus meningkat.

Banjir di Victoria berlaku selepas berminggu-minggu timur laut Queensland dilanda bencana alam sama dengan dua pertiga negeri itu ditenggelami air menyebabkan 30 orang terbunuh.

Seorang mangsa berusia 13 tahun dilaporkan dihanyutkan air bersama ibunya hari ini selepas kenderaan yang mereka naiki dibawa arus deras.

Di Queensland, pihak berkuasa memberi pengecualian istimewa kepada lombong arang batu bagi membolehkan mereka mengepam air keluar dari lombong.

Industri perlombongan yang menjadi pendapatan eksport Australia paling menguntungkan dijangka mengalami kerugian sebanyak A$2.3 bilion (RM7 bilion) akibat banjir.

Di Kerang, Victoria, beberapa tetambak merekah dan penduduk digesa berpindah ke pusat perlindungan sementara di kawasan tinggi, menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES).

"Anda perlu meninggalkan kediaman dengan segera," kata SES dalam teks mesej amarannya kepada penduduk Kerang pada pukul 5.20 pagi waktu tempatan - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan