Rabu, 19 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Sekutu Ben Ali didesak letak jawatan

Posted: 19 Jan 2011 11:53 AM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan berhadapan dengan polis ketika perarakan di ibu kota di Tunis, semalam.

PENUNJUK perasaan berhadapan dengan polis ketika perarakan di ibu kota di Tunis, semalam.

Rakyat Tunisia adakan perarakan tidak mahu pemimpin lama dalam kabinet sementara

TUNIS: Ratusan penunjuk perasaan berarak di jalan utama di ibu kota ini semalam, menuntut sekutu Presiden Zine al-Abidine Ben Ali yang digulingkan meletak jawatan dalam Kabinet sementara.

Penunjuk perasaan menyanyikan lagu kebangsaan dan memegang sepanduk dengan tulisan 'Berambus RCD!' merujuk kepada bekas parti pemerintah ketika mereka berjalan melalui Avenue Bourguiba di tengah ibu kota ini. Van polis berwarna putih dan biru berderetan di laluan itu bagi menghalang sebarang rusuhan. Empat menteri baru dari parti yang menentang RCD meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas dilantik ke dalam Kabinet sementara kerana membantah ramai daripada ahli bekas parti Ben Ali diberi jawatan menteri, termasuk perdana menteri sementara Mohamed Ghannouchi.

Berikutan bantahan yang menyusul presiden sementara Foued Mebazaa dan Ghannouchi bertindak keluar dari parti RCD, manakala parti berkenaan juga bertindak memecat Ben Ali dan orang kanannya.

Keadaan rapuh kerajaan sementara mengetengahkan persoalan siapa sebenarnya yang mengawal negara Afrika Utara di Laut Mediterranean itu yang popular di kalangan pelancong Eropah dan dilihat sebagai sekutu Barat dalam memerangi keganasan.

Seorang pegawai lapangan terbang berkata menteri luar Tunisia, Kamal Merjan, meninggalkan bandar pelancongan Mesir, Sharm-el-Sheik semalam sebelum bermulanya sidang kemuncak Liga Arab, tanpa memberi sebarang alasan.
Kemelut politik turut menjejas ekonomi Tunisia, yang sebelum ini menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu di Teheran, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata negara Afrika utara itu kini menuju kepada pembentukan kerajaan Islam selepas menggulingkan diktator yang disokong Barat.

"Adalah jelas rakyat Tunisia bangkit menggulingkan diktator ini menggunakan slogan Islam dan keadilan," katanya.

"Dalam perkataan lain rakyat Tunisia mahu undang-undang Islam dikuatkuasakan," katanya dalam ucapan yang disiarkan televisyen Iran.

Kenyataan daripada Ahmadinejad itu dibuat selepas 228 ahli parlimen Iran menyatakan sokongan kepada 'revolusi' di Tunisia.

"Parlimen Iran menyokong penuh pergerakan revolusi rakyat Tunisia yang berani dan mendoakan kejayaan mereka," kata ahli parlimen berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

Tunjuk perasaan besar-besaran selama sebulan yang dicetuskan oleh tindakan seorang pemuda membunuh diri kerana dilarang menjaja sayur-sayuran dan buah-buahan memuncak minggu lalu apabila Ben Ali dipaksa melarikan diri ke luar negara selepas 23 tahun memerintah secara kuku besi.

Tunisia kelmarin menubuhkan kerajaan baru yang berjanji memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyatnya dan mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen dalam tempoh enam bulan. – AP/AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Queensland makin terancam

Posted: 19 Jan 2011 11:52 AM PST

Dunia

SEORANG penduduk menggunakan jag untuk mencedok air di Euchca, Australia.

SEORANG penduduk menggunakan jag untuk mencedok air di Euchca, Australia.

MELBOURNE: Pihak berkuasa memberitahu penduduk di bandar tenggara Australia untuk menyelamatkan diri bersama bekalan tiga hari semalam ketika sungai yang semakin melimpah mengancam satu lagi masyarakat dalam krisis banjir yang sudah menjejaskan industri perlombongan negara itu.

Sehingga 1,500 rumah di Kerang di utara negeri Victoria, mungkin terjejas jika Sungai Lodden semakin naik. Banjir di Victoria selepas beberapa minggu banjir besar di timur laut Queensland, yang menenggelamkan dua pertiga negeri gergasi itu, melumpuhkan beberapa lombong dan menyebabkan 30 orang maut.

Seorang daripada mangsa, budak lelaki 13 tahun, dikebumikan di samping ibunya semalam selepas menjadi seorang hero negara kerana meminta penyelamat menyelamatkan adik lelakinya dulu ketika kereta keluarga itu dikepung air banjir. Di mana saja di Queensland, pihak berkuasa memberi beberapa lombong arang batu negeri yang dipenuhi air pengecualian khas dalam peraturan alam sekitar supaya mereka dapat mengepam air keluar ke persekitaran yang dipenuhi air.

Industri perlombongan menganggarkan banjir menyebabkan kerugian jualan bernilai A$2.3 bilion (RM7.02 bilion), eksport paling lumayan Australia, menyebabkan kekurangan bekalan yang menaikkan harga global. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan