Rabu, 19 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Reid tetap syarat cerai

Posted: 18 Jan 2011 07:45 AM PST

JORDAN...kecewa.
JORDAN...kecewa.

LONDON: Alex Reid semalam memberi kata dua kepada isterinya: "Beri saya 2 juta (RM9.8 juta) atau saya tidak akan keluar."

Reid, 35, bertegas menyatakan, itulah harga baginya untuk menamatkan perkahwinan mereka selama 11 bulan.


Tuntutan Reid itu, yang akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian muktamad perceraian mereka, dibuat selepas dia menerima sokongan daripada Peter Andre, bekas suami Katie Price atau lebih dikenali sebagai Jordan.

Andre, 37, memberitahu seorang rakan: "Saya bersimpati dengan Reid. Jordan cuba menunjukkan seolah-olah Reid yang jahat." Andre berkata demikian selepas Jordan menyifatkan Reid sebagai klonnya.


Sementara itu, seorang rakan Jordan mendakwa model berkenaan kecewa dengan permintaan Reid.


Reid mengemukakan tuntutan itu selepas bersetuju untuk keluar dari rumah mereka dan menandatangani perjanjian melarangnya daripada bercakap mengenai rumah tangganya dengan Jordan.

Reid bagaimanapun berubah fikiran pada saat akhir selepas berbincang dengan keluarganya mengenai tawaran itu.


Rakan Jordan berkata: "Tidak ramai yang pernah melihat Jordan menangis. Tetapi dia menangis bersungguh-sungguh selepas Reid membuat tuntutan itu.

"Reid sebelum ini bersetuju mengeluarkan kenyataan mengenai perceraian mereka.


"Dia kemudian ke gim. Jordan menelefonnya untuk memastikan dia sudah menguruskan urusan perceraian dengan peguamnya tetapi Reid hanya ketawa. "Reid berkata dia sudah berubah fikiran dan tidak ada cara Jordan boleh meninggalkannya dengan begitu mudah.


Malam tadi, Reid masih menetap di rumah agam Jordan di Woldingham, Surrey. Jordan pula menetap di bahagian berasingan rumah berkenaan. Dia dikatakan menimbang untuk keluar tetapi anaknya, Harvey, yang kurang upaya, memerlukan kemudahan asas yang ada di rumah berkenaan. - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Main permainan video sambil buang air kecil

Posted: 18 Jan 2011 07:43 AM PST

TOKYO: Sebuah syarikat pereka mainan video Jepun, Sega, melangkah satu tapak ke depan apabila memasang permainan yang dikawal oleh air kencing di tandas di Tokyo.

Empat jenis permainan 'Toylets' boleh didapati sepanjang tempoh ujian di empat tandas lelaki di pub dan arkid permainan menerusi projek untuk menarik perhatian kepada pada iklan digital.


Setiap mangkuk tandas membuang air kecil dipasang dengan pengesan tekanan dan sebuah panel digital ditempatkan pada paras mata. Iklan digital ditayangkan selepas permainan itu.

Antara permainan ialah 'Graffiti Eraser' (Pemadam Grafiti) yang memerlukan pengguna menghalakan pancutan air kencing mereka pada pengesan tekanan dalam mangkuk tandas untuk memadamkan lukisan grafiti yang dipamerkan. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan