Kosmo Online - Dunia |
Posted: Wabak legionnaire di Bali disiasatBEBERAPA orang pelancong berjalan di Kuta, Bali semalam. DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut. Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui. "Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya. "Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya. Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas. Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP |
Isteri bekas PresidenTunisia bawa emas Posted: Isteri bekas PresidenTunisia bawa emasSEORANG anggota polis bertindak menyuraikan tunjuk perasaan yang diadakan di Tunis, Tunisia semalam. TUNIS - Leila Trabelsi yang merupakan isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Leila, 53, telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong-jongkong emas itu pada minggu lalu. Apabila ketua bank pusat enggan memenuhi permintaannya, Leila merayu kepada suaminya yang kemudian akur dengan permintaannya mengeluarkan perintah penyerahan emas tersebut, lapor akhbar Perancis, Le Monde. Setelah jongkong-jongkong emas itu bertukar milik, Leila berlepas ke Dubai seterusnya ke Jeddah untuk menyertai suaminya yang mencari suaka politik di Arab Saudi pada Jumaat lalu. "Isteri Zine El Abidine adalah orang yang membawa lari emas berharga lebih £35 juta," kata sumber perisikan Perancis. Zine El Abidine meletakkan jawatan sebagai presiden pada Jumaat lalu selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sini bagi menuntut peletakan jawatannya. Isteri Zine itu digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab. Imelda merupakan isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator sejak Disember 1965. Imelda terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin itu dan perwatakan Leila itu disamakan dengan isteri Marcos. Speaker Parlimen Tunisia, Fouad Mebazza kini menjadi presiden sementara negara itu. Bagaimanapun, tunjuk perasaan masih berlaku di negara itu bagi menuntut pemerintah sedia ada turut meletakkan jawatan. Para penunjuk perasaan itu enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan diri. Polis menyuraikan tunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata. Sementara itu, empat menteri penentang Zine bertindak meletakkan jawatan sekali gus menjejaskan harapan untuk memulihkan semula keamanan di negara berkenaan. Keadaan tidak menentu itu berlaku selepas Zine yang memerintah melalui rampasan kuasa sejak 23 tahun lalu terpaksa akur dengan desakan ribuan penunjuk perasaan yang memintanya meletakkan jawatan. Tentangan tunjuk perasaan itu berlaku disebabkan penindasan, rasuah dan kekurangan pekerjaan dalam kalangan golongan muda di negara itu. - Agensi |
Posted: Steve Jobs cuti sakitWAJAH Steve Jobs pada Januari 2010 (kiri), Julai 2010 (tengah) dan Oktober 2010. NEW YORK - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat komputer Apple, Steve Jobs menyatakan lembaga pengarah memberikan kebenaran untuk dia mengambil cuti sakit. Pengasas syarikat gergasi yang menjual komputer dan gajet jenama Apple seperti iPhone dan iPad itu menghantar satu nota kelmarin kepada para pekerjanya berhubung cuti tersebut. Menurutnya, dia akan terus memegang jawatan CEO dan terlibat dalam membuat keputusan penting untuk syarikat berkenaan. Namun, Jobs menyatakan, dia meminta Ketua Pegawai Operasi, Tim Cook untuk mengendalikan urusan harian syarikat itu. Menurut pengasas Apple itu, dia sayang dengan Apple dan berharap akan kembali bertugas secepat yang mungkin. Jobs menjelaskan dia dan keluarganya kini akan menghargai pihak yang menghormati kehidupan peribadi mereka. Dia mengambil cuti sakit buat kali kedua dalam tempoh dua tahun. Pada dekad lalu, Jobs yang kini berumur 55 tahun menjalani pembedahan transplan hati dan selamat daripada penyakit kanser pankreas. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan