Berita Harian: Dunia |
Posted: 15 May 2012 12:40 PM PDT Dunia RAMALLAH: Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati 'malapetaka' apabila Israel diasaskan pada 1948 atau 'Nakba'.Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan. Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar. Di Gaza, penduduk Palestin menjerit 'Allahu Akbar' dan 'Alhamdulillah' menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel. Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur.
Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari. "Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas," kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum. Kemeriahan juga dibantu sambutan 'Nakba'. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati 'malapetaka' apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel. Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di 'Clock Square.' Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan 'kembali' dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenSebab aku muslim.. Alhamdulillah.. semoga dgn iktibar ini, semakin ramai yang akan sedar perpaduan sesama islam dan ramai yang akan kenal/masuk islam. Dyg Herna T Akhirnya...segalanya telah berakhir atas kebulatan tekad dan sabar yg tinggi.. |
Siasatan Sukhoi ambil masa setahun Posted: 15 May 2012 12:38 PM PDT Dunia JAKARTA: Jawatankuasa Kebangsaan bagi Keselamatan Pengangkutan Indonesia menjangka siasatan menggunakan perakam penerbangan pesawat buatan Russia, Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak, Jawa Barat, minggu lalu, akan mengambil masa setahun.Ketua jawatankuasa dikenali dengan singkatan KNKT, Tatang Kurniadi, berkata tempoh itu biasa bagi siasatan perakam penerbangan membabitkan nahas udara. "Empat bulan adalah yang paling pantas tetapi anda tidak dapat jangka siasatan kali ini siap pada masa sesingkat itu kerana reputasi Indonesia boleh terjejas (jika keputusan penyiasat tidak dapat dipercayai)," katanya. Katanya, pasukan mencari dan menyelamat masih mencari perakam berkenaan yang dipanggil kotak hitam di lereng Gunung Salak.Kotak hitam itu mengandungi rakaman perbualan antara kru pesawat dengan pegawai menara kawalan trafik yang dijangka boleh menjelaskan punca nahas. Pegawai Russia sudah meminta kotak hitam dihantar ke negara berkenaan sebaik ditemui tetapi pihak berkuasa Indonesia menolaknya. "Mereka memberi alasan, kotak hitam itu akan disiasat Indonesia bagi memastikan siasatan terbuka dan dipercayai," kata jurucakap Naib Presiden, Yopie Hidayat. Pesawat Sukhoi Superjet 100 dikeluarkan oleh Pesawat Sivil Sukhoi, melakukan penerbangan pertunjukan di Jakarta minggu lalu apabila hilang dari skrin radar. Penerbangan itu sebahagian daripada kunjungan ke enam negara Asia bertujuan menunjukkan keupayaannya kepada pembeli berminat. Serpihan pesawat ditemui di lereng Gunung Salak, sehari selepas nahas. Sekurang-kurangnya 45 maut. Sehingga petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat menghantar 27 beg mayat kepada Hospital Polis Kebangsaan di ramat Jati, Jakarta Timur. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan