Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Kahn dihadap ke mahkamahNEW YORK 16 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn dihadapkan ke mahkamah hari ini dan berikrar untuk membela diri daripada dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik di sebuah hotel mewah, di sini. Skandal itu dijangka menguburkan impian beliau untuk menjadi Presiden Perancis. Ahli politik veteran Perancis tersebut menafikan dakwaan cuba merogol wanita berusia 32 tahun itu di hotel Sofitel dekat Times Square, kata peguamnya, Benjamin Brafman. "Beliau bertekad untuk membela diri daripada tuduhan itu dan menafikan sebarang salah laku," kata Brafman di luar bangunan mahkamah, hari ini. Berita menggemparkan mengenai penangkapan seorang tokoh paling berpengaruh di dunia itu meletakkan IMF dalam situasi sukar, menjelang rundingan penting mengenai kesan krisis hutang yang melanda zon euro. Strauss-Kahn, 62, telah mengambil khidmat barisan peguam terkemuka, sementara persoalan berlegar tentang sama ada beliau boleh terlepas daripada pendakwaan atau tidak. Namun malam tadi, seorang jurucakap polis New York berkata, ketua IMF itu tidak berhak untuk mendapat kekebalan diplomatik. Strauss-Kahn yang juga bekas Menteri Kewangan Perancis dijangka mengumumkan pencalonannya untuk merebut jawatan Presiden Perancis pada pilihan raya Presiden pada 2012, mencabar Presiden Nicolas Sarkozy. Bagaimanapun impian politiknya nampak berkecai selepas beliau dibawa turun dari sebuah pesawat Air France semalam hanya beberapa minit sebelum penerbangan itu dijadual berlepas. Mangsa yang digambarkan sebagai seorang 'wanita kulit hitam berusia 32 tahun' dan bekerja di hotel Sofitel sejak tiga tahun lalu, mengenal pasti Strauss-Kahn dalam barisan kawat cam semalam, sementara polis berkata, mereka mendapat waran bagi mencari bahan bukti DNA pada pakaian ketua IMF itu. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Penulis wanita Perancis mahu fail aduan Posted: Penulis wanita Perancis mahu fail aduanPARIS 16 Mei - Seorang penulis wanita Perancis, Tristane Banon akan memfailkan aduan yang mendakwa Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn menyerangnya secara seksual pada 2002. Ketua IMF itu ditangkap, kelmarin dan dihadapkan ke mahkamah di New York hari ini atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang pengemas bilik di sebuah hotel mewah di sana. Banon, 31, seorang novelis dan wartawan, pernah membuat dakwaan itu terhadap Strauss-Kahn pada 2007 di televisyen dan dalam wawancara dengan sebuah laman web berita, tetapi tidak mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa. "Kami merancang untuk mengemukakan aduan dan saya sedang bekerjasama dengannya," kata peguam Banon, David Koubbi yang menjelaskan, anak guamnya sebelum ini dipujuk oleh ibunya sendiri, seorang anggota majlis wilayah dalam Parti Sosialis pimpinan Strauss-Kahn, supaya tidak mengambil tindakan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan