Isnin, 16 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mariah Carey dituduh ambil dadah, arak

Posted: 16 May 2011 02:56 PM PDT

Dunia

MARIAH dan Nick hadir pada  majlis  Anugerah Screen Actors Guild Ke-16 di Los Angeles, Januari lalu.

MARIAH dan Nick hadir pada majlis Anugerah Screen Actors Guild Ke-16 di Los Angeles, Januari lalu.

Penyanyi dikunjungi Pegawai Perlindungan Kanak-kanak

LOS ANGELES: Mariah Carey dikunjungi pegawai Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak sejurus selepas melahirkan dua anak kembarnya, berikutan tuduhan meminum arak dan mengambil dadah.

Penyanyi itu dan suaminya Nick Cannon, ibu bapa kepada bayi lelaki, Moroccan Scott dan perempuan, Monroe pada 30 April lalu, terkejut apabila beliau dituduh meletakkan bayinya berisiko dengan minum alkohol dan mengambil dadah di bilik hospitalnya, dengan hos 'America's Got Talent' itu menganggap tuduhan itu sebagai 'tidak masuk akal.' Beliau memberitahu hos rancangan bual bicara televisyen Piers Morgan: "Baru-baru ini, Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak dipanggil berhubung tuduhan ada majlis minum arak dan dadah berlaku secara gila di hospital yang menjadikannya tidak masuk akal kepada saya, bagaimana pihak hospital membenarkannya?

"Ia bermula apabila seorang jururawat mencadangkan kepada isteri saya, jika anda minum Guinness, bir hitam, yis akan memperbaiki aliran susu. Saya tidak tahu jika ada seseorang mendengarnya, namun kemudian mereka mengatakan isteri saya minum bir. Orang akan melakukan apa saja untuk cuba menokok tambah cerita.

"Saya memberitahu wakil Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak, tuduhan itu tidak masuk akal."

"Malah selain berhadapan dengan perkara itu, isteri saya dengan keadaannya yang berada di hospital, terfikir ada seseorang yang kemungkinan mahu menyiasat anak anda. Ia menyedihkan pada akhirnya."
Nick, 30, juga mengakui beliau terkejut sejauh mana orang sanggup lakukan untuk mendapatkan gambar bayi mereka.

Beliau menambah: "Ada jurugambar sebenarnya berada di hospital menyamar menjadi orang lain atau mereka cuba mendapatkan gambar anak saya, yang saya fikir agak sedih apabila memikirkan mereka cuba mendapatkan keuntungan daripada bayi yang baru lahir." – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Angelina, Brad bakal disaman

Posted: 16 May 2011 02:56 PM PDT

Dunia

LOS ANGELES: Pasangan Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal disaman seorang bekas pekerjanya di atas tuduhan memecatnya secara tidak adil.

Wanita yang tidak dinamakan itu bekerja sebagai setiausaha dwibahasa di istana lama Miraval di Selatan Perancis dipecat pengurus hartanah ketika sedang bercuti sakit atas alasan ketidakhadirannya memberi kesan terhadap urusan hartanah itu dan menuntut bayaran 80,000 euro (RM343,806) sebagai pampasan kerana pemecatan tidak adil.

Peguam Emmanuel Ludot berkata: "Jumlah itu hanyalah nilai setitik air di lautan untuk bintang kaya raya ini. "Plaintif tidak menentang mereka secara peribadi dan berkata dirinya sentiasa dilayan dengan baik. Beliau tersinggung pasangan itu tidak campur tangan menghalang beliau dipecat.

"Brad Pitt yang terkenal dengan kerja kebajikan dan pengambilan anak angkat perlu memahami keperluan pampasan anak guam saya secepat mungkin dan beliau tidak menuntut jutaan dollar, hanya jumlah mencukupi untuk pemecatan tidak adil.

"Kami berharap kedua-dua mereka setia terhadap reputasi mereka sebagai insan yang berperi kemanusiaan."

Wanita itu enggan namanya didedahkan berikutan klausa sulit dalam kontrak ditandatanganinya sebelum diambil bekerja. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan