Isnin, 16 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ketua IMF dituduh cabul pekerja hotel

Posted: 15 May 2011 09:02 AM PDT

NEW YORK: Bakal pencabar Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang juga Ketua Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dibawa keluar dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy, semalam.

Dia kemudian ditahan dan didakwa atas tuduhan melakukan serangan seks terhadap seorang pekerja hotel.


Dominique Strauss-Kahn, 62, yang digelar 'The Great Seducer' (Penggoda Yang Hebat) di Perancis, menaiki pesawat berkenaan untuk ke Paris apabila polis menaiki jet Air France untuk menahannya.

Pendakwa raya di New York mengesahkan Strauss- Kahn didakwa atas akta jenayah seks, cubaan merogol dan mengurung secara haram seorang pekerja hotel di New York City.


Peguamnya, Benjamin Brafman, berkata menerusi e-mel, dia akan 'mengaku tidak bersalah.' Detektif dari Lembaga Pelabuhan New York yang juga bertanggungjawab terhadap lapangan terbang berkenaan, menaiki pesawat itu 10 minit sebelum ia berlepas dan menahan Strauss-Kahn.


Dia dibawa ke pejabat Unit Mangsa Khas Manhattan yang menangani jenayah berkaitan seks untuk disoalsiasat.

Pekerja hotel terbabit pula dibawa oleh polis ke sebuah hospital tempatan.


Menurut wanita itu, dia diminta membersihkan suite mewah yang berharga AS$3,000 (RM9,000) satu malam itu dan dimaklumkan kamar itu sudah dikosongkan.

Dia kemudian mendakwa Strauss-Kahn muncul dari bilik mandi, mengejarnya di ruang kamar, mengheretnya ke bilik tidur dan mula melakukan serangan seks.


Jurucakap hotel, John Sheehan berkata, kakitangannya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa yang menyiasat kes berkenaan.


Jurucakap IMF di Washington, William Murray berkata, agensi itu tidak akan membuat sebarang kenyataan buat masa ini.


Strauss-Kahn, yang berkahwin dengan wartawan televisyen Perancis, Anne Sinclair, dianggap sebagai pesaing utama untuk bertanding menentang Sarkozy dalam pilihan raya Perancis tahun depan.


Seorang lagi pesaing, Marine Le Pen berkata, impian Straus-Khan untuk merebut jawatan itu sudah 'berkubur.' Pada 2008, dia terbabit dalam kontroversi selepas didakwa mempunyai hubungan seks dengan orang bawahannya, Piroska Nagy, pegawai kanan di Jabatan Afrika, IMF.


IMF melantik sebuah syarikat guaman untuk menyiasat dakwaan itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

William, Kate ingin sederhana

Posted: 15 May 2011 09:01 AM PDT

LONDON: Putera William dan Kate Middleton tidak bercadang membawa pembantu yang ramai dalam kunjungan mereka ke Kanada dan California tidak lama lagi. Ia selari dengan hasrat pasangan itu untuk menjalani kehidupan berumah tangga yang sederhana.

Kate mahu memisahkan dirinya daripada tradisi diraja dan menggugurkan khidmat pembantu tetap. William, yang bapanya dikenali bergantung kepada pembantu untuk memicit ubat giginya, juga merancang membawa kakitangan yang terhad kerana dia lebih gemar menguruskan pakaiannya sendiri serta sukakan sesederhana yang mungkin.


Mereka dilapor akan membawa antara enam hingga 10 pembantu untuk kunjungan itu, berbanding kira-kira 30 orang yang mengiringi perjalanan Ratu Elizabeth dan Putera Philip ke luar negara.

"Kate berkata, dia tidak mahukan khidmat pembantu tetap. Ia mungkin berubah, bergantung kepada lawatan ini ," kata sumber istana.


Khabar angin sebelum ini menyatakan, adik Kate, Pippa, akan memainkan peranan itu, tetapi ia tidak mungkin berlaku kerana dia mempunyai rancangannya sendiri. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan