Selasa, 28 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lebih 100 wartawan terbunuh

Posted:

Lebih 100 wartawan terbunuh

Lebih 100 wartawan terbunuh

GENEVA 28 Dis. - Lebih 100 wartawan terbunuh ketika menjalankan tugas di kawasan bergolak di seluruh dunia sepanjang tahun ini dengan kebanyakan mereka terbunuh ketika membuat liputan di Mexico dan Pakistan, lapor satu kumpulan media bebas, semalam.

Pertubuhan bukan kerajaan itu yang dikenali sebagai Press Emblem Campaign (PEC) yang berpejabat di Geneva berkata, seramai 105 orang wartawan terbunuh di 33 negara.

Menurut PEC, sejumlah 28 kematian - 14 masing-masing dilaporkan di Mexico dan Pakistan ketika membuat liputan perang membanteras dadah di Mexico dan konflik di sempadan Pakistan.

Selepas Pakistan dan Mexico, negara-negara lain yang dikenal pasti berbahaya pada tahun ini ialah Honduras dengan sembilan kematian, Iraq (8), Filipina (6), Rusia (5) dan Colombia (4)

Menurut PEC, kematian di kalangan wartawan tahun ini berkurangan berbanding 122 orang pada 2009, satu perkembangan yang jauh lebih baik berbanding 529 orang wartawan yang terbunuh dalam tempoh lima tahun lalu.

Setiausaha PEC, Blaise Lempen menyifatkan keganasan terhadap wartawan sebagai 'wabak yang tiada ubatnya'. - AGENSI

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Cukai kenderaan di Jakarta naik

Posted:

Cukai kenderaan di Jakarta naik

Cukai kenderaan di Jakarta naik


Kesesakan luar biasa di persimpangan Jalan Thamrin, tengah Jakarta pada waktu puncak. – Agensi


JAKARTA 28 Dis. – Pemilik-pemilik kenderaan di bandar raya Jakarta bakal berhadapan dengan kenaikan kadar cukai bagi setiap kenderaan yang mereka miliki bermula Januari ini, satu langkah bagi mengurangkan kesesakan di ibu negara Indonesia ini.

Jurucakap pentadbiran Jakarta, Cucu Ahmad Kurnia berkata, pentadbiran bandar raya ini akan mengenakan cukai yang tinggi kepada pemilik yang mempunyai banyak kenderaan bermula 3 Januari 2011.

"Kami berharap tindakan ini akan mengurangkan kesesakan di Jakarta ekoran jumlah kenderaan pengguna di bandar raya ini semakin meningkat berbanding yang menggunakan pengangkutan awam," katanya.

Jumlah kenderaan di ibu negara Indonesia ini meningkat hampir tiga kali ganda sejak tiga dekad lalu kepada lebih 9.5 juta buah, menurut Persatuan Pengangkutan Indonesia.

Di bawah undang-undang baru ini, 1.5 peratus cukai yang dikenakan sebelum ini dikekalkan untuk kenderaan pertama dan meningkat kepada 2 peratus untuk kenderaan kedua, 2.5 peratus ke atas kenderaan ketiga dan 4 peratus untuk setiap kenderaan seterusnya.

Pihak berkuasa telah menilai banyak kaedah untuk mengatasi masalah kesesakan di Jakarta, bandar raya yang dihuni oleh 20 juta orang, termasuk memindahkannya ke kawasan kurang penduduk.

Pakar-pakar meramalkan Jakarta yang mempunyai rangkaian bas usang dan tidak memiliki sistem kereta api bawah tanah akan mencapai tahap di mana 'kenderaan tidak boleh bergerak' menjelang 2014, dengan jalan-jalan utama dan lorong-lorong belakang dipenuhi kenderaan.

Sementara itu, pemandu di bandar raya ini akan turut menerima satu lagi kenaikan kos bahan api pada Mac tahun depan apabila subsidi petrol dikurangkan, menjadikan harga bahan bakar itu naik kepada 9,000 rupiah (RM3.08) seliter daripada 4,500 (RM1.54) seliter ketika ini. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan