Berita Harian: Dunia |
Gaza ingati detik sekatan dimulakan Posted: 28 Dec 2010 01:10 PM PST Dunia KANAK-KANAK Palestin semalam menyertai protes (atas) sempena ulang tahun kedua dua serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza pada 27 Disember 2008. SEMENANJUNG GAZA: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza kelmarin menandakan ulang tahun kedua serangan besar-besaran Israel pada 27 Disember, 2008 selama tiga minggu ke atas wilayah itu, yang membawa kepada sekatan ke atas semenanjung kecil berkenaan seluas 40 kilometer panjang dan 10 kilometer lebar. Serangan itu mengakibatkan kira-kira 1,419 rakyat Palestin terkorban dan beribu-ribu hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah. Beratus-ratus keluarga penduduk Gaza kini tinggal di tempat penempatan dan khemah akibat sekatan itu, yang melarang bahan binaan dibawa masuk ke Gaza, yang mempunyai kira-kira 1.5 juta penduduk yang tinggal dalam keadaan sempit di sebuah kawasan kira-kira 400 kilometer persegi, menjadikannya salah sebuah kawasan padat dengan penduduk di dunia.Israel memutuskan untuk menyerang dalam usaha 'menghalang roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza oleh militan Palestin terhadap wilayah didudukinya'. Bagaimanapun Hamas, pergerakan yang memenangi pilihan raya Parlimen Palestin pada 2006 dan kemudian merampas Semenanjung Gaza daripada lawannya, Fatah, satu puak yang diketuai Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas pada 2007, menafikan dakwaan Israel itu. Israel sejak bertahun-tahun sudah menyekat kemasukan dan keluar penduduk dan barang dari Gaza, tetapi ia meluaskan lagi sekatannya itu pada Jun 2007, selepas Hamas berkuasa, bagi menyingkirkan pergerakan berkenaan.
Di utara Semenanjung Gaza, ramai rakyat Palestin bersama-sama dengan sesetengah anggota parlimen Hamas dan puak kebangsaan pemimpin Palestin lain, berkumpul untuk menghormati kematian syahid rakan mereka dengan menanam pokok palma dan zaitun dengan meletakkan gambar mereka. "Projek itu dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian yang dikuasai Hamas dan Pihak Berkuasa Alam Sekitar Gaza, bertujuan menanam 100,000 pokok palma dan zaitun dan jumlah ini mewakili bilangan mereka yang mati syahid yang dibunuh oleh kekerasan Israel sepanjang sejarah Palestin," kata Pengerusi Pihak Berkuasa Alam Sekitar Gaza, Dr Ibraheem Youssef. Di kawasan Ezbit Abed Rabbo, di mana beratus-ratus rumah dibom dan kemudian dirobohkan, anggota Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) menunjuk perasaan dengan menyalakan lilin sebagai satu bantahan terhadap ketiadaan keadilan antarabangsa. Sementara itu, militan bertopeng dari puak bersenjata Palestin memberitahu satu persidangan akhbar di sini bahawa mereka bersiap sedia bertindak balas jika berlaku sebarang ancaman daripada Israel. – Bernama
|
Macam-macam: Tiga hari untuk balik rumah akibat salji Posted: 28 Dec 2010 01:10 PM PST Sorry, Readability was unable to parse this page for content. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan