Selasa, 28 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Britney Spears bertunang?

Posted: 27 Dec 2010 10:03 AM PST

LOS ANGELES: Britney Spears memarakkan khabar angin selepas dilihat memakai apa yang kelihatan seperti cincin tunang dalam sekeping gambar terbarunya, semalam.

Penyanyi berambut perang itu, yang berpacaran dengan bekas ejennya, Jason Trawick sejak setahun lalu, tersenyum lebar ketika bergambar dengan Santa Claus bersama adiknya, Jamie Lynn.


Gambar itu kemudian diletakkan dalam laman rangkaian sosialnya. Pada jari manis tangan kirinya, kelihatan sebentuk cincin perak. Meskipun hubungannya dengan Trawick, 38, sepanjang 18 bulan lalu tidak selalunya lancar, sumber yang rapat dengan Spears berkata, mereka kini sudah serius untuk berkahwin.

Spekulasi itu semakin marak apabila mereka dilihat meraikan Krismas bersama keluarga Trawick sebelum berlepas ke Louisiana untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga Britney pula.


Beberapa minggu sebelum ini, terdapat laporan mendakwa Trawick bersikap ganas terhadap penyanyi itu.


Bagaimanapun, Britney menyangkal laporan berkenaan dengan menyifatkan media yang menyiarkannya sebagai pembohong. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bunuh isteri kerana kasihan

Posted: 27 Dec 2010 09:56 AM PST

TAIPEI: Seorang lelaki tua dituduh membunuh isterinya yang sakit dengan menikam kepalanya dengan pemutar skru.

Menurut laporan media, kejadian berlaku beberapa minggu selepas lelaki itu menulis dalam blognya bahawa dia mungkin akan membunuh isterinya kerana kasihan.


Bekas jurutera, Wang Ching-hsi, 83, disyaki memberi pil tidur kepada isterinya awal kelmarin dan kemudian membunuhnya, lapor akhbar United Daily News dan bebeberapa akhbar lain.

"Mengapa saya melakukannya? Ia ada dalam blog saya," kata Wang kepada wartawan ketika ditahan oleh polis.


Tulisan bertarikh 5 Disember dalam blog yang dipercayai milik Wang mendedahkan secara terperinci bagaimana isterinnya, Sun, Yuan-ping, 80, sudah putus asa untuk meneruskan kehidupan.


Menurut tulisan itu, dia mengalami penyakit Parkinson dan baru-baru ini patah kaki kiri.

"Dia menderita," kata Wang dalam blognya.


Pasangan itu dikatakan mencapai persetujuan 10 tahun lalu untuk 'mati dalam keadaan tenteram.' Media memetik Wang sebagai berkata dalam blog itu: "Apabila tiba masanya, saya akan membunuh kamu." Selepas membunuh isterinya, Wang menelefon polis dan menyerah diri di apartmennya.

Membunuh kerana simpati dan hak untuk mati hangat dibincangkan di Taiwan sejak beberapa tahun lalu. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan