Jumaat, 18 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Shah Rukh bertengkar di stadium

Posted:

Shah Rukh bertengkar di stadium

Shah Rukh bertengkar di stadium

SHAH RUKH (kanan) bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan di Stadium Wankhede, Mumbai kelmarin.


MUMBAI - Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.

Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.

Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.

Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.

Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.

Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.

Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut.

"Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi Shah Rukh yang memulakan pertengkaran," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai, Nitin Dalal.

Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir.

"Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.

"Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat," katanya.

Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.

Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.

Sebelum ini, Shah Rukh diarah hadir ke sebuah mahkamah di Jaipur pada lewat bulan ini selepas dia merokok di sebuah stadium kriket.

Merokok tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang antimerokok di stadium.

Pada Januari lalu, dia turut berdepan dengan pergaduhan selepas seorang pengarah wanita mendakwa pelakon tersebut menyerang suaminya.

Shah Rukh merupakan pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders. - Agensi

FBI buru suami bunuh isteri

Posted:

FBI buru suami bunuh isteri

FBI buru suami bunuh isteri


GAMBAR yang disiarkan polis pada Selasa lalu menunjukkan sebuah kereta Maserati yang pernah dipandu Jimenez.


CHICAGO - Pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memburu seorang lelaki, Arnoldo Jimenez yang didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya.

Jimenez meninggalkan mayat isterinya, Estrella Carrera dalam tab mandi di apartmen miliknya.

Wanita tersebut masih lagi memakai gaun perkahwinan.

Lebih 30 agensi penguat kuasa undang-undang menyertai misi untuk mengesan lelaki tersebut yang berkahwin secara rahsia dengan Carrera pada Jumaat lalu.

Pihak polis tidak mendedahkan negeri yang menjadi sasaran operasi memburu Jimenez.

"Kami akan mengikuti apa sahaja petunjuk yang kami dapat," kata seorang pegawai polis, Joseph Ford.

"Kami tidak akan berhenti mencarinya dan tidak akan membiarkan dia terlepas," katanya.

Pihak berkuasa mula mencari Jimenez sejurus selepas keluarga Carrera membuat laporan mengenai wanita tersebut selepas tidak mengambil semula dua orang anaknya pada hari Sabtu seperti yang dijanjikan.

Keluarga wanita itu juga gagal menghubungi Carrera dan Jimenez.

Polis kemudian dihubungi oleh keluarga Carrera menyebabkan apartmen wanita itu di Burbank diperiksa.

Menurut pihak polis, kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah keganasan rumah tangga. - Agensi

Lopez paling berpengaruh

Posted:

Lopez paling berpengaruh

Lopez paling berpengaruh


LOPEZ


NEW YORK - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez mengungguli senarai 100 selebriti paling berpengaruh yang dikeluarkan majalah Forbes.

Dia mengenepikan Lady Gaga yang juga penyanyi terkenal yang menduduki No.1 dalam senarai itu sebelum ini.

Lopez, 42, yang juga merupakan pelakon dan penari itu melonjak naik dari kedudukan ke-50 pada tahun lalu.

Pemilihan selebriti itu berdasarkan pendapatan, liputan media dan populariti mereka dalam media sosial.

Menurut Forbes, pendapatan Lopez dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan AS$52 juta (RM161.8 juta).

Kedudukannya meningkat disebabkan tugasnya sebagai juri rancangan realiti televisyen, American Idol, rekaan baharu Kohl's, jenama minyak wanginya dan jutaan pengikutnya di laman sosial Twitter serta Facebook.

Dia juga telah mengumumkan konsert jelajah dunia yang disertai penyanyi popular, Enrique Iglesias.

Pengacara terkenal, Oprah Winfrey yang memiliki saluran televisyen miliknya, OWN TV selepas menamatkan progam The Oprah Winfrey Show kekal berada di tangga kedua.

Penyanyi pop remaja Kanada, Justin Bieber, 18, kekal di kedudukan ketiga.

Penyanyi Rihanna yang tersenarai buat pertama kali menduduki tempat keempat.

Lady Gaga yang mengungguli senarai yang dikeluarkan Forbes pada tahun lalu kini berada di tangga kelima diikuti juri program televisyen X Factor yang baharu, Britney Spears.

Aktor Tom Cruise berada di tangga kesembilan ekoran kejayaannya dalam filem Mission: Impossible - Ghost Protocol.

Penyanyi Britain, Adele menduduki tempat ke-24. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan