Berita Harian: Dunia |
Israel takut 60,000 roket musuh Posted: 18 May 2012 01:47 PM PDT Dunia SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP WASHINGTON: Kumpulan lobi utama pro-Israel di Amerika Syarikat, AIPAC, menyambut baik keputusan Pentagon untuk memperuntukkan dana tambahan bernilai AS$70 juta (RM210 juta) bagi membantu memperkukuh sistem pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome'. Penambahan dana terbabit diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta (gambar kecil), kelmarin selepas berunding dengan rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak.Penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel. - Leon Panetta, Setiausaha Pertahanan Amerika AIPAC menyambut baik keputusan Panetta dan percaya pengukuhan sistem 'Iron Dome' akan membantu Israel lebih berkesan melindungi penduduk daripada ancaman 60,000 peluru berpandu dan roket pejuang Hamas serta Hizbullah.Sehingga April lalu, Israel menempatkan tiga unit sistem berkenaan yang dikatakan berjaya menyekat serangan roket pejuang Palestin ketika ketegangan meletus di Gaza. Negara Yahudi itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa ia memerlukan 13 hingga 14 unit lagi perisai itu untuk melindungi beberapa kawasan lagi. Pada Mac lalu, sistem berkenaan memintas 80 peratus sasaran apabila hampir 300 roket dan mortar dilancarkan ke selatan Israel, membolehkan banyak nyawa dilindungi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika. Sistem itu menggunakan peluru berpandu dilengkapi sistem radar bagi meletupkan roket Katyusha di udara, yang mempunyai jarak sasaran 5 hingga 70 kilometer, selain bom mortar. Panetta berkata, penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel. "Matlamat saya ialah memastikan Israel memiliki dana diperlukan setiap tahun untuk menghasilkan sistem pertahanan itu bagi melindungi penduduknya," katanya. Panetta berkata, bantuan yang bernilai AS$70 juta itu akan diberi pada tahun kewangan terkini yang tamat pada September ini. "Bantuan ini jika diluluskan Kongres bertujuan memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan lancar," katanya lagi. – Reuters |
Posted: 18 May 2012 01:34 PM PDT Dunia Ban Ki-moon (kiri) dan Bashar al-Assad NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyuarakan kepercayaan bahawa kumpulan al-Qaeda adalah dalang dalam serangan besar-besaran di Syria minggu lalu. Serangan bom dua kereta di luar bangunan perisikan tentera di Damsyik 10 Mei lalu dilihat menyamai taktik ala-al-Qaeda yang dilakukan di negara jiran, Iraq.Beberapa hari lalu, satu serangan besar, serius dan besar-besaran berlaku. Saya percaya mungkin al-Qaeda yang merancangnya. Ini mencetuskan masalah yang amat serius. - Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Seramai 55 orang mati dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam letupan itu baru-baru ini. Kelmarin, Presiden Bashar al-Assad menuduh negara Barat memejam mata kepada serangan terhadap tentera Syria."Beberapa hari lalu, satu serangan besar, serius dan besar-besaran berlaku. Saya percaya mungkin al-Qaeda yang merancangnya. Ini mencetuskan masalah yang amat serius," kata Ban dalam satu majlis di ibu pejabat PBB di sini. Ban berkata, pembabitan al-Qaeda di wilayah itu mencetuskan masalah yang serius. Beliau juga menyebut bahawa ada dua lagi serangan terhadap pemantau PBB yang cuba untuk mengurangkan keganasan di Syria dan bermula lebih setahun lalu dengan satu kebangkitan popular menentang Bashar. Serangan bom kereta berkembar itu membunuh 55 orang dan mencederakan 372 di Damsyik pada 10 Mei, kata media tempatan, yang disifatkan serangan paling buruk di ibu negara Syria sejak penduduk melancarkan protes menentang pemerintahan Bashar mulai Mac 2011. Damsyik sejak sekian lama mempertahankan bahawa mereka berhadapan dengan konspirasi 'pengganas' dari luar. Pada masa sama, ada kerajaan monarki yang kaya dengan sumber di Teluk termasuk Arab Saudi dan Qatar menggesa senjata dihantar kepada penentang Bashar. Syria bulan ini menghantar kepada PBB nama 26 rakyat asing yang dikatakan diberkas selepas datang melawan di Syria. Ia menyifatkan 20 daripada mereka adalah ahli al-Qaeda yang memasuki negara itu dari Turki. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan