Jumaat, 18 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ibu tunggal diusir 12 hantu

Posted: 17 May 2012 12:16 PM PDT

ESSEX: Seorang wanita terpaksa meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah itu.

Vanessa Mitchell, 37, menceritakan bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan.


Antaranya, memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga.

Hantu itu juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air.


Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu.


Kejadian terakhir yang menakutkan Vanessa ialah selepas dia melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berusia empat bulan, Vannessa berkata, dia melihat 'hantu jantan' berdiri di atas buai bayi itu.

Vanessa, yang bertahan tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.


"Selaku ibu tinggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu." Dia masih berhutang sebanyak 147,000 (RM735,000) untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiaya kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan 'pelancongan hantu.' Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: "Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui." - Agensi




Bono pemuzik paling kaya

Posted: 17 May 2012 12:14 PM PDT

LOS ANGELES: Anggota kugiran U2, Bono semalam bersiap sedia untuk menjadi bintang muzik paling kaya di dunia.

Apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham Nasdaq hari ini, ekuiti miliknya dalam Facebook yang dibeli dengan harga 56 juta (RM280 juta) tiga tahun lalu, akan bernilai lebih RM4.7 bilion.


Ketika pelabur ditawarkan habuan mereka, kebangkitan mendadak laman sosial Internet itu akan melihat nilainya di sekitar RM320 bilion.

Bono, 52, akan menduduki tempat pertama, menyingkirkan bekas anggota Beatle, Sir Paul McCartney, 69, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3.3 bilion.


Syarikat Bono, Elevation Partners membeli 2.3 peratus ekuiti dalam Facebook pada 2009.


Minat terhadap langkah menyenaraikan Facebook di pasaran saham amat menggalakkan dan Facebook sudahpun meningkatkan jumlah saham yang ditawarkan kepada lebih 420 juta, meningkatkan lagi nilainya.

Facebook dicipta lapan tahun lalu di asrama universiti Ketua Pegawai Esekutifnya (CEO) Mark Zuckerberg dan hanya mencatatkan keuntungan RM12.5 bilion tahun lalu.


Nilai saham peribadinya dijangka mencecah RM75 bilion, menjadikannya lelaki ke-15 paling kaya di dunia. - Agensi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan