Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Militan al-Qaeda serang Yemen

Posted:

Militan al-Qaeda serang Yemen

ADEN 5 Mac - Sekurang-kurangnya 103 askar kerajaan dan 25 militan terbunuh dalam pertempuran dengan militan al-Qaeda selepas kumpulan militan itu menyerang tentera Yemen di selatan negara ini, semalam.

Seorang pegawai tentera hari ini berkata, berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan mengejut al-Qaeda ke atas pos-pos tentera di pinggir ibu kota wilayah Abyan, Zinjibar itu.

Angka kematian disahkan oleh seorang kakitangan perubatan di sebuah hospital tentera di bandar pelabuhan Aden.

Kakitangan tidak menang tangan untuk merawat mangsa yang begitu ramai.

"Kami terpaksa menggunakan pejabat pentadbiran dan bilik menunggu untuk merawat mereka yang cedera.

"Hospital ini penuh sesak dengan askar yang terbunuh dan cedera," kata kakitangan itu,'' katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Banjir di Queensland makin buruk

Posted:

Banjir di Queensland makin buruk


Gambar yang dikeluarkan oleh tentera udara diraja Australia merakamkan pegawai Waran, Steve Carter (kanan) membantu memindahkan mangsa banjir di selatan Charleville, Queensland pada 6 februari lalu. - AP


SYDNEY 5 Mac - Krisis banjir di Queensland, Australia semakin buruk dengan beratus-ratus lagi orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing ketika angka korban akibat bencana itu meningkat kepada dua orang, hari ini.

Beberapa hari selepas hujan lebat melanda timur Queensland, New South Wales dan Victoria, paras air sungai naik membanjiri kawasan ladang serta memaksa jalan raya dan jambatan ditutup.

Pegawai kecemasan berkata, mereka bimbang situasi di wilayah Riverina di barat daya New South Wales ekoran paras air sungai Murrumbidgee melimpahi tebing di beberapa kawasan dan membanjiri kawasan perumahan berhampiran di Wagga Wagga.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan