Kosmo Online - Dunia |
- Empat maut gudang senjata meletup
- Kenyataan bapa Ashraf dapat liputan di Britain
- Lebih empat juta tonton video remaja pakai topi
Empat maut gudang senjata meletup Posted: Empat maut gudang senjata meletup
BRAZZAVILLE, Republik Congo - Sekurang-kurangnya empat orang maut dan berpuluh yang lain cedera apabila satu siri letupan besar di sebuah gudang senjata menggegarkan Brazzaville semalam. Situasi cemas merebak sehingga ke Kinshasa, seberang Sungai Congo yang memisahkan bekas tanah jajahan pengeluar minyak Perancis daripada Republik Demokratik Congo menyebabkan tingkap berkecai. Kedua-dua pemerintah meminta orang ramai bertenang. Republik Congo merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak utama di Sahara Afrika. "Banyak bangunan musnah. Terdapat empat orang maut dan hampir 60 cedera, sebahagiannya serius," kata seorang ketua protokol pejabat presiden di sini melalui telefon. Menteri Pertahanan Republik Congo, Charles Zacharie Bowao menyatakan letupan disebabkan oleh kebakaran di gudang senjata di pangkalan Blinde. - Reuters | |
Kenyataan bapa Ashraf dapat liputan di Britain Posted: Kenyataan bapa Ashraf dapat liputan di BritainGAMBAR menunjukkan Mohd. Ashraf Razif Rosli (kanan) diserang seorang lelaki dalam satu rusuhan di Barking, London pada 8 Ogos tahun lalu. LONDON - Akhbar Mail On Sunday semalam melaporkan Rosli Harun yang merupakan bapa pelajar yang diserang dan disamun semasa rusuhan di London, Mohd. Ashraf Raziq Rosli menyatakan negara berkebajikan Britain menggalakkan rakyat menjadi malas. Menurutnya, pemuda berusia 17 tahun yang menyerang anaknya tidak bekerja dan memperoleh wang daripada kerajaan. "Sistem di Britain membuatkan rakyat menjadi malas. Di Malaysia, jika anda ingin mendapatkan wang, anda harus bekerja. Jika anda mahu wang yang lebih, anda harus belajar bersungguh-sungguh. "Di Britain, rakyat yang bekerja membayar cukai dan ia disalurkan kepada orang yang tidak bekerja. Saya tidak faham tentang perkara itu," katanya seperti yang disiarkan di akhbar The Mail on Sunday. Kenyataan itu disiarkan selepas dua lelaki didapati bersalah merompak Ashraf dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu. Ashraf, 21, diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu. Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah manakala basikalnya turut dilarikan. Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa termasuk sebuah konsol per mainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376). Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada Jumaat lalu kerana melakukan rom pakan dan berkelakuan ganas. Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa. Menurut Rosli yang merupakan bekas pegawai tentera, kejadian itu meninggalkan kesan psikologi ke atas Ashraf. "Apabila dia melihat orang ramai datang ke arahnya di jalanan, dia akan menyeberangi jalan raya dan berjalan di bahagian lain," katanya. - Agensi | |
Lebih empat juta tonton video remaja pakai topi Posted: Lebih empat juta tonton video remaja pakai topiGAMBAR menunjukkan seorang remaja perempuan memakai topi beruang koala di laman YouTube. NEW YORK - Seorang remaja perempuan yang muncul di laman perkongsian video YouTube dengan memakai topi beruang koala telah mempersoalkan dirinya sama ada dia cantik atau hodoh. "Kebanyakan orang memanggil saya hodoh dan saya berpendapat saya hodoh. Saya menganggap saya hodoh dan gemuk," katanya apabila dia mengalu-alukan pengguna Internet dari seluruh dunia untuk memberikan jawapan kepadanya. Video itu yang berjudul Am I pretty or ugly? dimuat naik pada 17 Disember 2010 dan ditonton lebih empat juta kali di YouTube. Seorang ahli psikologi keluarga, Profesor Nadine Kaslow dari Universiti Emory di Atlanta berkata, dunia golongan muda kini berada pada satu peringkat baharu. "Ia (dunia baharu itu) boleh mengaibkan, mungkin memalukan dan anda mula menjadi objek awam berbanding menjadi diri sendiri," katanya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan