Harian Metro: Global |
Posted: 04 Mar 2012 07:58 AM PST CHICAGO: Penduduk di sekitar negeri di barat tengah Amerika Syarikat meratapi kematian ahli keluarga dan sahabat handai, semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda kawasan tengah negara itu, membunuh sekurang-kurangnya 38 orang, mencederakan ratusan yang lain dan melenyapkan seluruh komuniti. Bagaimanapun, ujian lebih berat sedia menanti di kawasan berkenaan. Walaupun pemerhatian terhadap bencana puting beliung sudah dihentikan, badan ramalan kaji cuaca kebangsaan meramalkan keadaan cuaca sejuk dengan kemungkinan salji mungkin melanda kawasan itu.
Presiden Barack Obama menghubungi pentadbiran tempatan di Indiana, Kentucky dan Ohio untuk mengucapkan takziah atas kematian penduduknya dan berkata, agensi pengurusan kecemasan persekutuan sedia memberikan bantuan, kata Rumah Putih. Kematian dilaporkan di Indiana, Kentucky, Ohio, Alabama dan Georgia apabila ribut bergerak ke arah timur negara itu. "Tahap kemusnahan sesetengah komuniti kita tidak seperti yang saya pernah lihat sebelum ini," kata Gabenor Kentucky, Steve Beshear, yang pejabatnya mengesahkan 19 angka korban daripada lebih puluhan puting beliung yang melanda negeri itu.
|
Gaga mahu lahirkan anak Kinney Posted: 04 Mar 2012 07:52 AM PST LONDON: Lady Gaga yang memberitahu keluarganya mengenai cinta barunya, Taylor Kinney mendedahkan bahawa dia ingin berumah tangga dan melahirkan anak kekasihnya itu. Pasangan itu baru pulang bercuti untuk bertemu dengan ibu bapa bintang 'Vampire Diaries' itu di Lancaster, Pennsylvania untuk menghebahkan berita bahawa mereka ingin memulakan kehidupan berkeluarga. "Tidak diragukan Kinney mencintai Gaga, begitu juga sebaliknya. Sekarang semua orang sudah menemui Gaga, kami juga sayangkannya. Mereka serasi bersama," lapor Daily Star memetik kenyataan ibu saudara Kinney, Kathryn Loh. Satu lagi sumber mendedahkan, bapa aktor itu, Daniel pada mulanya terkejut apabila anaknya dan Gaga memberitahu mengenai hasrat mereka yang mahukan anak bersama. "Dia berharap mereka akan berkahwin dulu, tetapi dia lihat bagaimana mereka mengambil berat terhadap diri masing-masing dan gembira apabila akhirnya memberikan restunya," kata sumber itu. Kathryn juga gembira kerana pasangan itu mengambil langkah serius hubungan mereka ke 'peringkat seterusnya.' "Saya gembira, kami dapat bertemu dengan wanita di sebalik pakaian dan mekap pelik itu. Dia petah berkata-kata dan sangat merendah diri. Dia seperti wanita lain - seorang yang manis, waras dan sihat," katanya. - DM |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan