Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Penduduk tunjuk perasaanSEBAHAGIAN petugas mencari dan menyelamat berusaha mencari mangsa-mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki semalam. - AP VAN 11 Nov. - Polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang marah dengan kegagalan pihak berkuasa menyalurkan bantuan selepas gempa bumi kedua melanda timur Turki dalam tempoh tiga minggu, malam semalam dan mengorbankan 22 orang di bandar ini. Dalam pada itu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan mangsa gempa bumi sekuat 5.7 pada skala itu yang memburukkan penderitaan di wilayah yang majoriti penduduknya adalah etnik Kurdis, di mana lebih 600 orang terbunuh ketika gempa bumi kuat pada 23 Oktober lalu. ''Patutkah mereka melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk yang menanggung begitu banyak kesengsaraan?'' soal seorang penduduk, Abdulrahim Kaplan, 32, yang pergi ke sebuah pusat krisis bagi mendapatkan khemah apabila polis mula melepaskan gas pemedih mata. Katanya, penduduk kini kesejukan dan terpaksa tidur di luar termasuk tujuh anggota keluarganya. ''Sesetengah orang mengambil lima khemah, ada yang mengambil 10 khemah dan yang lain tidak mendapat apa-apa. Ini salah," kata Kaplan. Beribu-ribu keluarga berlindung di kem-kem sementara dalam keadaan suhu menurun ke bawah paras beku dengan ketibaan musim sejuk, tetapi kerajaan mendakwa bekalan khemah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan mangsa. Kira-kira 200 penunjuk perasaan menuntut gabenor wilayah meletak jawatan semasa protes berdekatan dua buah hotel di pusat bandar yang runtuh dalam gempa bumi terbaru itu. Pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam bagi menyelamatkan 28 orang dari bawah runtuhan hotel-hotel itu, menurut satu kenyataan Pentadbiran Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD). Dua daripada mangsa yang dibawa keluar, termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 bulan, diterbangkan dengan ambulans udara ke sebuah hospital di ibu negara, Ankara. Penyelamat menarik keluar dua anggota pasukan penyelamat dan bantuan Jepun dari bawah runtuhan Hotel Bayram hampir enam jam selepas gempa bumi itu berlaku. Namun seorang daripadanya, Atsushi Miyazaki meninggal dunia kemudian di hospital manakala rakannya, Miyuki Konnai, yang dilaporkan terbunuh sebelum ini, terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan. - REUTERS Full content generated by Get Full RSS. |
Wartawan Indonesia siar laporan palsu Posted: Wartawan Indonesia siar laporan palsuDaripada SAHARUDIN MUSTHAFA JAKARTA 11 Nov. - Demi ganjaran wang berjuta-juta rupiah, segelintir wartawan Indonesia didakwa sanggup menyiarkan laporan tidak tepat atau berat sebelah. Bertambah parah, sebagai menjaga kepentingan pihak yang menawarkan suapan itu, wartawan-wartawan terbabit sanggup 'mereka cerita' termasuk isu-isu yang melibatkan politik, undang-undang dan ekonomi. Amalan buruk itu didedahkan seorang wartawan yang hanya mahu dikenali sebagai Danu Pratama (bukan nama sebenar) kepada akhbar Jakarta Globe hari ini. Danu yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai wartawan berkata, dengan melakukan pekerjaan terkutuk itu, dia mampu mengaut upah antara 7.5 juta rupiah (RM2,623) sehingga ratusan juta rupiah. Jelasnya, upah suapan tersebut mengambil kira sejauh mana kepentingan sesuatu isu itu didedahkan, sumber yang membiaya dan sebesar mana dakwaan mahu diperbesar atau dimanipulasi sama ada di media cetak atau elektronik serta media baru. ''Saya tidak melakukannya (menerima suapan) sendirian kerana jika hanya saya seorang, ia nampak terlalu ketara. ''Kebiasaannya, saya akan melakukannya bersama rakan-rakan lain. Semuanya lima wartawan dan saya bertindak sebagai koordinator dan berurusan dengan sumber yang memerlukan khidmat kami,'' katanya Danu sambil mendakwa kerja terkutuk itu turut diamalkan oleh wartawan organisasi media yang kononnya dianggap 'bersih' dan memiliki kredibiliti. Sementara itu, pendedahan Danu turut menarik perhatian seorang wartawan kanan tempatan yang mengakui budaya 'menyogok' wartawan menjadi sebahagian daripada amalan dalam kerjaya kewartawanan di Indonesia. ''Bahkan, sesetengah pejabat kerajaan dan syarikat swasta menyediakan peruntukan kepada pihak media yang kononnya disebut sebagai 'elaun kenderaan'," kata Pengerusi Gerakan Wartawan Bebas Indonesia (AJI), Nezar Patria (gambar). Dakwanya, pihak-pihak yang menyokong budaya negatif itu lazimnya memiliki senarai nama wartawan yang selalu membuat liputan acara mereka dan kumpulan wartawan terbabit dibayar antara 250,000 rupiah (RM87) hingga 1 juta rupiah (RM350). ''Kebiasaannya yang menerima wang itu terdiri daripada wartawan yang bekerja di organisasi media yang tidak memiliki kredibiliti atau syarikat yang menawarkan gaji kecil," dakwa Nezar. - Utusan Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan