Jumaat, 11 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bumi Yaman kembali bermandi darah

Posted: 11 Nov 2011 02:28 PM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan mengusung keranda mangsa pertempuran selepas solat Jumaat di Sanaa, semalam.

PENUNJUK perasaan mengusung keranda mangsa pertempuran selepas solat Jumaat di Sanaa, semalam.

Wanita, kanak-kanak korban terbaru pertempuran antara penyokong presiden, pejuang

TAIZ (Yaman): Sekurang-kurang sembilan terbunuh dalam pertempuran sengit di bandar Taiz, Yaman semalam, kata pegawai perubatan dan saksi, selepas Duta Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) terbang ke Sanaa dalam tawaran terbaru untuk memudahkan Presiden Ali Abdullah Saleh berundur menerusi pelan damai Teluk.

Mereka berkata, sekurang-kurang 23 cedera dalam pertempuran antara Pengawal Republikan yang setia dengan Saleh dan pejuang puak berpangkalan di tengah bandar ketiga terbesar di Yaman, yang terletak kira-kira 200 kilometer selatan Sanaa.

Saksi berkata, dua kanak-kanak dan seorang wanita antara sembilan terbunuh kebanyakan akibat terkena serpihan letupan tangki atau serangan mortar di daerah al Rawda dan Zaid al Moshki selain Daratan Kebebasan, di mana penunjuk perasaan berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat setiap minggu menuntut Saleh mengakhiri 33 tahun. pemerintahannya. Pertempuran berlaku pada Khamis selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan mencederakan seorang tentera yang berada di bangunan kerajaan.

Ia diikuti dengan pembunuhan pemimpin puak yang bersekutu dengan kerajaan Saleh dan mencederakan seorang daripada pengawal peribadinya.

Duta PBB, Jamal Benomar tiba di ibu negara Sanaa pada Khamis yang disifatkan jurucakap sebagai misi bertujuan menggalakkan proses peralihan yang boleh memenuhi keperluan dan menjadi aspirasi kepada semua rakyat Yaman.

"Beliau akan melaporkan kembali kepada Setiausaha Agung yang diminta untuk memaklumkan kepada Majlis Keselamatan berhubung pelaksanaan Resolusi 2014," kata jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki- Moon, Martin Nesirky dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Ikhwanul Muslimin sasaran baru penggodam Anonymous

Posted: 11 Nov 2011 02:27 PM PST

Dunia

KAHERAH: Kumpulan penggodam Anonymous yang sebelum ini melakukan tindakan terhadap pengedar dadah Mexico dan pasukan keselamatan Israel kini menemui sasaran terbaru, kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir.

"Ikhwanul Muslimim menjadi satu sasaran kepada kebangkitan yang diperjuangkan Mesir. Mereka cuba memusnahkan kedaulatan penduduk Mesir dan juga negara lain termasuk Amerika Syarikat," kata kumpulan itu dalam satu kiriman ke YouTube

Kumpulan terbabit yang menggelarkan operasi mereka 'OpBrotherhood' dan menjanjikan sasaran halaman web utama Ikhwanul Muslimin, Ikhwan Online pada Jumaat 6 petang waktu Greenwich. Halaman terbabit mungkin menjadi sasaran perkhidmatan pengagihan penafian (DDoS) serangan. Serangan terhadap Ikhwanul Muslimin Mesir akan menjadi acara menarik bagi Anonymous. Serangan penggodam itu menunjukkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan mungkin menyerang pelayan kerajaan Israel sepanjang hujung minggu. (Israel menafikan pelayan mereka turut diserang).
Seorang ahli Anonymous, "Sabu" turut mempunyai bendera pergerakan Islam Palestin Hamas yang dijadikan ikon Twitter beliau.

Bagaimanapun Anonymous tidak berbelah dalam menyokong kebangkitan di Semenanjung Arab yang menggulingkan pemimpin Tunisia, Mesir dan Libya tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, pertubuhan politik Mesir sejak sekian lama pada awalnya melakukan demonstrasi besar-besaran menentang Presiden Hosni Mubarak yang bermula lewat Januari. Sokongannya kemudian menjadi penting kepada kejayaan pergerakan 11 Februari.
"Ikhwan Muslimin bermula sebagai kumpulan kebajikan penduduk dengan niat yang adil dan saksama.

"Namun, beberapa dekad berlalu, rasuah merampas misi baiknya dan berpaling kepada organisasi gilakan kuasa untuk mengambil alih negara berdaulat Arab," kata video Anonymous. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan