Harian Metro: Global |
Posted: 02 Mar 2011 09:03 AM PST AJDABIYA: Pemberontak Libya semalam berkata, mereka mematahkan serangan oleh tentera Muammar Gaddafi di Brega, bandar di timur negara itu. Menurut saksi, dua orang terbunuh dalam pertempuran itu. Perkembangan terbaru itu berlaku ketika rejim Gaddafi melancarkan serangan udara terhadap bandar Ajdabiya yang terletak berhampiran Brega yang turut dikuasai oleh kumpulan penentang.
Pesawat tentera Libya juga melancarkan serangan udara terhadap Ajdabiya, 40 kilometer dari Brega, mensasarkan pangkalan tentera yang kini di bawah penguasaan penentang.
"Bagaimanapun, beberapa tentera upahan masih bertempur dengan pemberontak," katanya.
Menurut Ayman al-Moghrabi, doktor di Ajdabiya, serangan bermula tengah malam semalam.
|
Itali bimbang dibanjiri pendatang Posted: 02 Mar 2011 09:01 AM PST ROME: Menteri Dalam Negeri Itali, Roberto Maroni semalam mengulangi amaran, sebahagian daripada kira-kira 1.5 juta orang yang cuba meninggalkan Libya mungkin menuju ke negara itu. "Ada di kalangan mereka yang melarikan diri ke barat (Tunisia) dan ada yang ke timur (Mesir). "Tetapi selepas ini, saya menjangka mereka akan menuju ke utara, ke arah Itali," kata menteri itu kepada Parlimen.
Maroni, anggota Parti Liga Utara yang antipendatang, sebelum ini memberi amaran serupa ketika bermesyarat dengan Menteri Luar Kesatuan Eropah minggu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan