Kosmo Online - Dunia |
- Penari gelek dedah parti Perdana Menteri Itali
- Rakyat Libya tubuh pemerintahan sementara
- Penunjuk perasaan gabung tenaga
Penari gelek dedah parti Perdana Menteri Itali Posted: Penari gelek dedah parti Perdana Menteri ItaliRUBY HEARTSTEALER RUBACUORI dan BERLUSCONI (gambar kecil). GENOA - Seorang penari gelek, Ruby 'Heartstealer' Rubacuori mendedahkan, beberapa model separuh bogel melakukan persembahan lesbian untuk Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor sebuah akhbar kelmarin. Ruby yang berusia 18 tahun menyatakan dia duduk beberapa sentimeter dari Silvio yang berusia 74 tahun dalam satu parti di vila rumahnya. Dalam salah satu parti yang diadakan di vila milik Berlusconi di Arcore, Itali, Ruby merupakan antara 30 gadis yang diundang untuk makan malam dengan Berlusconi. Menurut Ruby, selepas makan malam, beberapa gadis mula menanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam dan mereka menari mengikut alunan muzik. "Saya melakukan tarian erotik untuk perdana menteri (Berlusconi)," katanya kepada seorang wartawan akhbar The Sun. Bagaimanapun, terdapat beberapa model dan penghibur wanita yang amat cantik. Ruby berkata, satu pasangan mula menari dan melakukan persembahan lesbian. Penari itu menegaskan dia tidak melakukan hubungan seks dengan perdana menteri yang bertaraf bilionair itu. Pendedahan itu dibuat selepas seorang hakim mengarahkan Berlusconi disiasat atas dakwaan membuat pembayaran untuk mendapatkan khidmat seks daripada seorang lagi penari gelek di bawah umur berketurunan Maghribi, Karima el-Mahroug. - Agensi | ||
Rakyat Libya tubuh pemerintahan sementara Posted: Rakyat Libya tubuh pemerintahan sementaraSEORANG pegawai tentera yang berpaling tadah menunjukkan cara-cara menggunakan senjata antipesawat di Benghazi, Libya semalam. BENGHAZI - Para penunjuk perasaan yang menentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menubuhkan majlis pemerintahan baru di timur Libya. Kerajaan sementara itu dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Libya dan ia tidak akan berunding dengan Muammar Gaddafi. Seorang jurucakap majlis itu menyatakan kepada agensi berita Reuters bahawa ia bukannya sebuah kerajaan sementara. Penubuhan majlis itu mencetuskan kontroversi kerana bekas menteri kehakiman Libya, Mustafa Abdel Jalil membuat pengumuman menerusi stesen televisyen Al-Jazeera pada awal kelmarin bahawa sebuah kerajaan sementara sudah ditubuhkan. Mustafa berkata, beliau akan mengetuai kerajaan sementara itu tidak kurang daripada tiga bulan. Menurutnya, pihaknya akan mengadakan pilihan raya yang adil bagi membolehkan penduduk memilih pemimpin mereka. Bagaimanapun, para penunjuk perasaan yang mewujudkan majlis pemerintahan baru itu menyatakan pandangan Mustafa bahawa beliau mengetuai sebuah kerajaan baru hanyalah satu pendapat peribadi. - Agensi | ||
Penunjuk perasaan gabung tenaga Posted: Penunjuk perasaan gabung tenaga
ZAWIYA - Para penunjuk perasaan yang bersenjata dan yang dibantu oleh rakan-rakan mereka di sebuah bandar dekat dengan Tripoli semalam bergabung tenaga untuk menyingkirkan Muammar Gadadfi yang memerintah negara itu sejak 1 September 1969. Para penunjuk perasaan berada di bandar ini 50 kilometer dari Tripoli yang merupakan ibu kota Libya. Menurut wartawan agensi berita Associated Press, para penunjuk perasaan itu mempunyai kereta kebal tentera dan senjata antipesawat. Wartawan itu menyatakan, para penunjuk perasaan menguasai pusat bandar Zawiya. Namun, terdapat enam pusat pemeriksaan tentera yang dikawal oleh askar-askar yang setia dengan Gaddafi di sebatang jalan raya dari Tripoli ke Zawiya. Setiap pusat pemeriksaan itu, terdapat sebuah kereta kebal yang ditempatkan. "Bagi kami, Gaddafi merupakan Dracula Libya," kata seorang pegawai tentera, Wael al-Oraibi yang berpaling tadah dengan menyertai para penunjuk perasaan antipemerintah. Sementara itu, di kawasan pinggir Tripoli, kebanyakan kedai ditutup dan orang ramai berbaris di beberapa buah bank untuk membuat urusan. Sebahagian orang berbaris di bank-bank selepas stesen televisyen dan khidmat pesanan ringkas melaporkan beberapa hari lalu bahawa setiap keluarga akan memperoleh AS$400 (RM1,221) selain kredir AS$100 (RM305) untuk perkhidmatan telefon daripada pemerintah. Stesen televisyen Libya melaporkan keluarga di negara itu juga berhak untuk mendapatkan peruntukan AS$49,000 (RM149,621) dalam pinjaman tanpa faedah bagi membeli apartmen. Semua insentif itu diumumkan selepas para penunjuk perasaan bangkit menentang pemerintahan Gaddafi yang dianggap tidak membantu penduduk miskin. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan