Berita Harian: Dunia |
Negara Barat mahu serang Libya Posted: 28 Feb 2011 03:34 PM PST Dunia TENTERA Tunisia cuba menenangkan rakyat Mesir yang mengadakan protes di khemah pelarian di sempadan Libya–Tunisia, semalam. PARIS: Negara Barat dikatakan menimbangkan untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Libya berikutan ancaman pembunuhan beramai-ramai dan prospek ratusan ribu rakyat negara Arab utara itu menjadi pelarian di Eropah.
Bagaimanapun badan dunia itu tidak memberi sebarang kelulusan bagi masyarakat antarabangsa melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Libya. "Kami sedang menimbang semua pilihan agar Kolonel Gaddafi benar-benar faham apa yang mungkin dihadapinya. Saya tahu ada yang menyebut penyelesaian ketenteraan dan penyelesaian ini memang sedang diteliti kerajaan Perancis," kata Fillon. Bagaimanapun, Fillon berkata Perancis tidak boleh bertindak bersendirian tanpa penyertaan sekutu NATOnya dan tanpa kebenaran PBB.
Timbalan Pengarah Institut Hubungan Antarabangsa dan Strategik di Paris, Jean-Pierre Maulny berkata jika pembunuhan beramai-ramai berlaku di Libya, masyarakat antarabangsa tidak akan boleh berdiam diri. NATO, katanya, adalah badan paling sesuai untuk menguatkuasakan zon larangan terbang itu tetapi langkah ketenteraan lain perlu kebenaran PBB. Sementara itu di BENGHAZI, seorang sukarelawan kesihatan berkata wilayah timur Libya yang sudah dikuasai pemberontak akan mula mengalami masalah kekurangan makanan dan perubatan serius dalam masa tiga minggu. Timur Libya jatuh ke tangan penunjuk perasaan yang menentang Gaddafi yang enggan meletak jawatan walaupun berhadapan dengan bantahan yang berterusan. Pergolakan yang tercetus sebaik saja rakyat Mesir berhasil menjatuhkan pemimpin mereka Hosni Mubarak 11 Februari lalu, menjejaskan import dan bekalan makanan segar tempatan dengan kebanyakan kedai dan kilang masih lagi ditutup sejak bandar raya itu berhadapan dengan tunjuk perasaan seminggu lalu. "Kita akan mengalami kekurangan makanan, minuman, perubatan dan peralatan perubatan serius dalam masa dua hingga tiga minggu. Kita perlukan bantuan luar," kata Khalifa el-Faituri, seorang sukarelawan yang berkelayakan dalam kesihatan umum dan farmakologi. – AFP/AP
|
Mubarak dilarang keluar negara Posted: 28 Feb 2011 03:33 PM PST Dunia KAHERAH: Mesir semalam mengenakan larangan keluar negara terhadap Hosni Mubarak dan keluarganya, selain membekukan aset bekas presiden itu yang meletak jawatan berikutan bantahan rakyat 11 Februari lalu.Selain Mubarak larangan itu turut dikenakan ke atas isterinya Suzanne, dua anak lelaki mereka Ala dan Gamal, dan isteri masing-masing, kata seorang sumber jabatan kehakiman semalam. Mubarak yang meletak jawatan selepas memerintah secara kuku besi selama hampir tiga dekad, melepaskan kuasa kepada tentera dan kini menginap di pusat peranginan Mesir, Sharm el-Sheikh. Pada 21 Februari lalu, pendakwa raya Mesir, Abdel Magid Mahmud memohon kerajaan asing membekukan aset luar negara bekas presiden itu dan keluarganya.Pendakwa raya itu memberi arahan kepada menteri luar Ahmed Abul Gheit menghubungi kerajaan asing terbabit bagi melaksanakan pembekuan berkenaan. Sumber kehakiman berkata ketika itu pejabat pendakwa raya menerima beberapa aduan berhubung kekayaan Mubarak dan keluarga di luar negara yang menyebabkannya melancarkan siasatan. Mubarak didakwa menghimpun kekayaan yang besar ketika berkuasa tetapi penasihat undang-undangnya berkata dakwaan berkenaan hanyalah khabar angin.
Switzerland yang membekukan aset Mubarak beberapa jam selepas pemimpin itu digulingkan berkata bekas presiden itu memiliki 'berpuluh juta francs' disimpan dalam institusi kewangan Switzerland. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan