Sabtu, 26 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kami akan mati di Libya: Saif

Posted: 25 Feb 2011 08:51 AM PST

ANKARA: Anak Muammar Gaddafi semalam berkata keluarganya akan tetap tinggal dan mati di Libya dan tidak akan membenarkan 'sekumpulan kecil pengganas' untuk mengambil alih kuasa negara itu.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh televisyen Turki semalam, Saif al-Islam ditanya sama ada keluarganya mempunyai 'pelan B' dalam menghadapi kekacauan yang semakin meruncing di Libya dan merancang meninggalkan negara itu.

"Kami mempuntyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Pelan A ialah menetap dan mati di Libya. Pelan B ialah menetap dan mati di Libya. Pelan C ialah menetap dan mati di Libya," katanya sambil menunjukkan ke arah peta negara itu.

Wawancara itu dikendalikan oleh peneraju rancangan berita CNN Turkey, Cuneyt Ozdemir.


Cuneyt tiba di Tripoli dengan jet peribadi milik seorang ahli perniagaan Turki yang mempunyai banyak konrak binaan di Libya.


Saif berkata, keadaan di Libya berbeza dengan di Mesir dan Tunisia.

Menurutnya, dalam kes yang membabitkan Libya, kekacauan diketuai oleh kumpulan pengganas.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya berlaku serangan tembak curi atau serangan udara terhadap penunjuk perasaan di negaranya dan menegaskan, kawasan yang dibedil pesawat tentera udara Libya ialah 'depoh peluru pengganas.'

"Laporan itu tidak benar. Kami tidak memerangi rakyat kami sendiri. Kami memerangi kumpulan pengganas," katanya.

Beliau juga menafikan laporan kononnya bapanya akan membakar lapangan minyak Libya.

"Tidak!" katanya.

Menurutnya, seramai 242 orang terbunuh sejak kekacauan bermula dan ia membabitkan orang awam dan juga anggota tentera.

Bagaimanapun, Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata sebelum ini, laporan bahawa kira-kira 1,000 orang terbunuh boleh dipercayai.

Saif turut berkata, kebanyakan kawasan di negara itu kini tenang dan ia di bawah penguasaan kerajaan kecuali bandar Zawiya dan Misrata yang dikuasai kumpulan 'pengganas.'

Beliau mendakwa kumpulan berkenaan mengisytiharkan bandar seperti Beyda dan Derne sebagai 'Emiriah Islam.' - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera tembak jemaah keluar masjid

Posted: 25 Feb 2011 08:48 AM PST

BENGHAZI: Pasukan keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor menembak penunjuk perasaan di beberapa kawasan di Tripoli, membunuh beberapa orang.

Seorang saksi yang dihubungi menerusi telefon oleh AFP berkata: "Pasukan Keselamatan melepaskan tembakan membabi-buta terhadap penunjuk perasaan" kata seorang penduduk di daerah timur Tripoli, yang menyaksikan pertempuran antara penentang dan penyokong Gaddafi beberapa hari lalu.


"Ada yang terbunuh," kata saksi itu.

Beberapa penduduk di kawasan lain juga mengesahkan tembakan dilepaskan terhadap sesiapa saja di jalan raya.


"Mereka menembak orang awam yang tidak bersenjata yang meninggalkan masjid selepas solat Jumaat," kata seorang penduduk di Ben Ashur.


Tentera yang setia kepada Gaddafi mengawal masjid di seluruh Tripoli bagi menghalang tunjuk perasaan diadakan selepas solat.

Sementara itu, khatib juga diarah membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa yang menggesa supaya kestabilan diwujudkan semula dan 'tindakan sabotaj' dihentikan,' kata beberapa jemaah. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan