Sabtu, 26 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Jururawat batal hidup semati bersama Gaddafi

Posted: 26 Feb 2011 12:27 PM PST

Dunia

pix_gal0
Kolotnytska didakwa jadi kekasih risau kekecohan di Libya

LONDON: Seorang jururawat Ukraine membatalkan ikrar untuk terus menjaga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas protes antipemerintah makin serius di negara Afrika Utara itu.

Jururawat peribadi Gaddafi berambut perang dan bertubuh seksi itu, Galyna Kolotnytska, 38, (atas), kelmarin berkata beliau akan terus berada di sisi pemimpin itu selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang hingga habis-habisan menghapuskan tentangan terhadapnya. Gaddafi 'tidak boleh mengadakan perjalanan' tanpa wanita cantik berstatus janda yang berasal dari Ukraine serta dituduh menjadi kekasih pemimpin itu.

Wanita ibu tunggal itu arif mengenai rutin lelaki itu, kata dokumen bocor yang didedahkan kepada akhbar The Sun.

Pegawai Ukraine berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk membawa wanita itu pulang.

Anak perempuan janda itu, Tatiana, 20, berkata:
"Ibu menelefon semalam. Dia berada di Tripoli.

"Ada kejadian tembakan, pertempuran dan kekacauan lain disiarkan di televisyen.

"Dia masih tenang menghadapi keadaan dan berkata akan pulang segera."

Gaddafi lebih mengutamakan Kolotnytska berbanding pengawal peribadi wanita Amazon yang pakar dalam pertahanan diri dan dikatakan masih dara.

Nota rahsia 2009 kepada Setiausaha Negara Hillary Clinton disiarkan selepas didedahkan WikiLeaks memberitahu yang pemerintah kuku besi itu bergantung kepada wanita itu.

Gaddafi dikatakan pernah menghantar pesawat peribadi untuk membawa Kolotnytska dari Libya ke Portugal untuk bertemu dengannya berikutan kelewatan kedatangan wanita itu akibat masalah visa.

Pegawai politik Ukraine mengesahkan jururawat Ukraine sentiasa bersama-sama pemimpin itu ke mana saja.

"Sesetengah sumber mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska mempunyai hubungan romantik," katanya.

Gaddafi dikatakan terlalu taksub bergantung kepada pegawai yang dipercayainya seperti Kolotnytska.

Tetapi kini kehidupannya sebagai orang kepercayaan akan berakhir dan musuh Gaddafi pula terus mendapat kekuatan.

Di sempadan di antara Tunisia dan Libya, ahli sukan bina badan Nabil Mohamed, berkata "Eva Braun tinggal dalam kubu bersama Hitler, mengapa Kolotnytska tidak boleh tinggal bersama Gaddafi?" – Agensi
Lagi berita dan gambar di muka 23, 24 dan 25.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gunung diramal meletus 26 tahun

Posted: 26 Feb 2011 12:26 PM PST

Dunia

SIDOARJO: Sebuah gunung berapi berlumpur Indonesia diramalkan akan meletus tanpa henti untuk sekurang-kurangnya 26 tahun lagi, termasuk mengeluarkan gas berapi menerusi tasik lumpur.

Tekanan bawah tanah menjadi punca gunung berapi Lusi di Jawa Timur di sini, berkemungkinan mengeluarkan lumpur kelabu sehingga isinya habis pada 2037, kata saintis. Namun, gas akan terus keluar selama beberapa dekad dan abad akan datang.

"Kami menjangka letusan akan berterusan hingga 26 tahun sebelum letusan menurun ke paras sesuai dan bagi Lusi untuk bertukar kepada gunung berapi berbuih perlahan," kata ketua pasukan saintis, Richard Davies, profesor sains Bumi di Universiti Durham, di timur laut England. Tiga belas orang terkorban apabila Lusi meletus 29 Mei 2006. Pada kemuncaknya, gunung berapi itu mengeluarkan ledakan lumpur bersaiz 40 kolam Olimpik setiap hari, satu kadar yang berkurangan kepada empat kolam sehari, kata Davies menerusi telefon.

Tasik lumpur gunung itu kini menenggelamkan 12 perkampungan pada kedalaman sehingga 15 meter dan memaksa kira-kira 42,000 penduduk berpindah.

Simulasi komputer itu adalah berdasarkan data daripada perigi gas komersial sedia ada di rantau sama dan data gambaran seismik yang memberi gambaran struktur geologi Lusi.

"Di pertengahan tasik atau gunung berapi, wujud satu lubang dengan lebar 50 meter namun ada 166 lubang lain yang muncul sejak lebih empat tahun lalu," kata Davies.
"Ia muncul di kilang, jalan raya, di rumah penduduk. Sesetengahnya menyala, ada kejadian penduduk cedera akibat api yang terbentuk ketika nyalaan."

Beliau memberi amaran, kuasa yang ada pada Lusi adalah jangka panjang namun secara berperingkat kurang dramatik.

"Anda tidak boleh kembali ke sana. Malah, pada akhirnya kesan gunung berapi akan meningkat," kata Davies.

"Saya fikir kami sudah melihat kemusnahan paling dramatik. Namun ia bukan penamatnya. Lubang ini masih terbentuk." – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan