Utusan Online - Luar Negara |
PBB: Kanak-kanak terus ditindas Posted: PBB: Kanak-kanak terus ditindasNEW YORK 26 Feb. - Agensi kanak-kanak dan pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporan tahunannya memberikan gambaran suram mengenai prospek golongan muda di seluruh dunia. UNICEF antara lain menyebut tentang kadar pengangguran yang semakin meningkat di kalangan golongan muda, sejuta kanak-kanak yang meringkuk di dalam penjara dan anak-anak muda yang dipaksa menyertai tentera. Remaja 'jarang-jarang diberi keutamaan' apabila kerajaan menetapkan sasaran sosial dan keadaan itu perlu berubah, menurut UNICEF dalam laporannya State Of The World's Children (Keadaan Kanak-Kanak di Dunia) yang disiarkan, semalam. Laporan itu mengandungi statistik yang 'mencemaskan dan menggemparkan', kata Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Hilde Johnson pada sidang media, semalam. Beratus-ratus ribu anak muda digunakan oleh kumpulan bersenjata sebagai 'askar, pengintip, utusan dan hamba seks', katanya. Selain itu, 150 juta kanak-kanak berusia antara lima hingga 14 tahun bekerja sebagai buruh kanak-kanak. Kira-kira 13 peratus daripada tenaga kerja global berusia di bawah 19 tahun kini menganggur dan pengangguran golongan muda menjadi isu yang membimbangkan di hampir semua negara, menurut laporan itu. "Remaja menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan cukup baik yang dapat menjamin kehidupan di atas garis kemiskinan," lapor UNICEF. Terlalu ramai anak muda juga menghadapi konflik dengan pihak berkuasa undang-undang. UNICEF menganggarkan pada satu-satu masa, sejuta kanak-kanak ditahan oleh pihak berkuat kuasa undang-undang di seluruh dunia. Agensi itu menekankan pentingnya pelaburan dalam sektor pendidikan ditingkatkan dengan banyak. - AFP | ||
Loji minyak terbesar Iraq diserang Posted: Loji minyak terbesar Iraq diserang
SAMARRA 26 Feb. - Loji penapis minyak terbesar di Iraq diserang awal hari ini, menyebabkan dua jurutera terbunuh dan memaksa kemudahan itu ditutup apabila satu unit penapisnya mengalami kerosakan teruk. Sekumpulan lelaki bersenjata menggempur loji penapis di Baiji, di wilayah Salaheddin, ke utara Baghdad pada kira-kira pukul 4.30 pagi ini (9.30 pagi waktu Malaysia), membunuh jurutera tersebut dan memasang bom di unit penapis. "Kumpulan bersenjata memasuki loji penapis dan menembak mati dua juruteranya," kata timbalan ketua keselamatan loji, Abdul Qader al-Saab. Penyerang kemudian meletupkan bom di sebuah unit penapis, unit Al-Shamal yang menghasilkan 25 peratus daripada keluaran loji itu, katanya. Seluruh loji penapis terpaksa ditutup kerana unit itu rosak teruk. Iraq buat masa ini mempunyai tiga loji penapis iaitu Baiji di utara, Basra di selatan dan Dora di selatan Baghdad. Ketiga-tiga loji tersebut mengendalikan kapasiti 550,000 tong minyak mentah sehari, menghasilkan produk bertapis termasuk 12 juta liter petrol, 15 juta liter diesel, sembilan juta liter minyak pemanas dan sejumlah besar minyak bahan bakar untuk stesen jana kuasa. Baiji sahaja mempunyai kapasiti keseluruhan untuk menapis 290,000 tong minyak mentah tetapi beroperasi pada tahap 70 peratus daripada kapasiti sebelum serangan itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan