Harian Metro: Global |
Posted: 13 Feb 2011 07:50 AM PST KAHERAH: Kumpulan utama menggerakkan protes warga Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak sebagai presiden berikrar terus bertahan di Dataran Tahrir bagi mendesak perubahan dilakukan di negara itu. Berjanji unntuk tidak menghalang aliran trafik, kumpulan anak muda Mesir itu menganggap revolusi mereka belum berakhir.
"Revolusi ini masih diteruskan.
Sesetengah penunjuk perasaan mendirikan khemah di dataran yang menjadi pusat gerakan menumbangkan Hosni selepas diktator itu berkuasa di Mesir selama 30 tahun.
Mahmoud berkata, kumpulannya menuntut semua tahanan politik dibebaskan serta-merta dan undang-undang darurat dimansuhkan.
|
Banyak artifak berharga dilarikan dari Muzium Mesir Posted: 13 Feb 2011 07:46 AM PST KAHERAH: Beberapa artifak penting dilarikan dari Muzium Mesir, termasuk arca Raja Tutankhamun, kata Menteri Antikuiti Mesir, Zahi Hawas, semalam. Turut dicuri, kata Zahi, adalah patung kayu dari abad ke-18 yang dianggap sebagai dewa.
Penyamun memecah masuk ke muzium berkenaan pada 28 Januari ketika rakyat Mesir bangkit mengadakan tunjuk perasaan bagi menyingkirkan Hosni Mubarak. Kata Zahi, artifak lain yang hilang adalah patung batu kapur Akhenaten, Permaisuri Nefertiti dan kepala seorang puteri dari Amarna.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan