Harian Metro: Global |
Posted: Quebec: Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu. Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira RM26.5 juta.
Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar 'Dundee Buaya Kanada' berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.
DAOUST membunuh dan mengumpul bangkai haiwan sejak 40 tahun lalu. BELIAU pernah diserang badak sumbu. "Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari. Sebelah malam mereka keluar untuk makan. Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka," katanya.
Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.
|
Posted: Phatthalung: Seorang pegawai polis terselamat apabila teman wanitanya menyedari terdapat seutas tali yang diikat pada sebatang pokok dihubungkan pada sebutir bom di bawah trak pikap miliknya. Inspektor unit kawalan jenayah balai polis Khuan Meed, Leftenan Muda Pitak Suwanmalai berkata, dia meletakkan trap pikapnya di kediaman teman wanitanya di daerah Tamod pada malam sebelumnya.
Skuad bom wilayah Phatthalung kemudian bergegas ke kawasan itu untuk melakukan pemeriksaan. Skuad itu mengesahkan terdapat sebutir bom di bawah trak pikap berkenaan sebelum memusnahkan bom berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan