Berita Harian: Dunia |
Posted: 06 Apr 2013 09:11 AM PDT Virus baru selesema burung dikesan di dua lagi pasar Shanghai: Virus baru selesema burung yang mengorbankan enam orang ditemui di lebih banyak kawasan di pusat kewangan China selepas pihak berkuasa melupuskan lebih 20,000 ayam di sebuah pasar besar jualan ternakan di sini. Sampel mengandungi virus H7N9 ditemui di dua pasar menjual produk pertanian di daerah Minhang di Shanghai, kota yang mempunyai 23 juta penduduk, lapor agensi berita Xinhua. Virus H7N9 itu menjangkiti 16 orang di China, semuanya di sebelah timur negara itu. Enam orang maut dan wabak itu menimbulkan kebimbangan di negara luar hingga menyebabkan saham syarikat penerbangan di Eropah dan Hong Kong dijual. Virus baru itu tidak menjangkiti antara manusia namun pihak berkuasa China dan Hong Kong tetap mengambil langkah tambahan. Shanghai sudah melarang semua ternakan hidup dari kawasan lain memasuki bandar itu dan menutup tiga pasar untuk mengekang penyebaran virus berkenaan, kata Xinhua. Kerajaan Hong Kong pula memperhebat pengawasan ke atas pelancong dan ternakan yang masuk ke bandar itu. China dan Hong Kong terjejas teruk akibat epidemik Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) 2002-2003 yang bermula di China dan mengorbankan kira-kira satu persepuluh daripada 8,000 mangsa di seluruh dunia. Di Chicago, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan satu buku panduan kepada doktor bagi membantu mereka mengenal pasti sebarang virus termasuk H7N9 meskipun belum ada kes di Amerika. Setakat ini, virus baru itu menjangkiti 16 orang di China dan tidak didapati berupaya memindahkannya di kalangan manusia, kata Dr Thomas Frieden dari CDC. Selain itu, 16 kes berkenaan disahkan jelas terasing dengan tiada kaitan dengan jenis selesema yang mengatakan ia dipindahkan sesama manusia, kata Frieden. Bagaimanapun, dua daripada 16 mangsa yang dijangkiti mempunyai anggota keluarga yang sakit dan pihak berkuasa kesihatan China sedang menilai kes terbabit untuk melihat jika ada jangkitan dalam keluarga. Frieden berkata, CDC tidak mengeluarkan sebarang nasihat rasmi perjalanan dan tiada langkah diperlukan warga Amerika untuk melindungi diri walaupun CDC memberi amaran kepada doktor. "Hari ini, kami mengeluarkan nasihat kesihatan untuk memaklumkan pemilik klinik dan pakar kesihatan awam di seluruh Amerika apa yang sedang berlaku dan apa mereka perlu lakukan jika mengesyaki ada kes terhadap seorang pelancong yang kembali dari China dari segi ujian, kawalan jangkitan dan penjagaan," katanya. CDC bangunkan ujian Frieden berkata, CDC membangunkan satu ujian yang mungkin boleh digunakan untuk mengimbas pelawat yang sakit teruk kembali dari China untuk virus baru itu dan berkata Amerika sedang membangunkan kit ujian diagnostik yang akan diagihkan kepada China dan negara lain bagi memastikan diagnosis pantas. Kit seperti itu dapat membantu membendung penyebaran virus jika ia diketahui menjangkiti sesama manusia. Dengan selesema itu, Frieden berkata ada dua faktor penting iaitu sejauh mana virus itu berbahaya dan cara ia merebak di kalangan manusia. Pihak berkuasa tidak akan tahu jawapannya sehingga mereka menguji lebih ramai orang berbanding 16 kes awal. - REUTERS |
‘Tingz’ sekat gigi cepat rosak Posted: 06 Apr 2013 09:09 AM PDT London: Ibu bapa sering memberitahu anak-anak bahawa memakan terlalu banyak gula-gula menyebabkan gigi cepat reput. Alternatif bebas gula ialah aspartame - sejenis pemanis tiruan kontroversi yang diluluskan untuk penggunaan dalam makanan dan minuman tetapi menyebabkan kebimbangan potensi kesan sampingan.
'Bebas gula' Gula-gula Tingz keluaran Peppersmith, yang digelar 'bebas gula dan bagus untuk gigi' ada perasa termasuk strawberi, vanila, oren dan limau mandarin. Manisan kecil berbentuk bulat dibuat 100 peratus dengan xylitol, bahan semula jadi yang diperoleh dari pokok birch iaitu polipol atau gula alkohol. Bahan itu rasanya sama dengan gula namun memiliki 40 peratus kurang kalori dan rendah GI, yang diluluskan secara meluas industri perubatan sebagai ejen bantuan menentang kerosakan gigi.
Ia mengurangkan bakteria berbahaya dalam mulut kepada 90 peratus, kata mereka. "Ketika ini, manisan mengandungi xylitol diluluskan lebih 15 persatuan pergigian utama di seluruh dunia, termasuk Yayasan Kesihatan Pergigian British dan FDI (Persekutuan Pergigian Antarabangsa)," kata mereka. Ada bukti di tempat lain untuk menyokong penggunaan preskripsi xylitol. Di Sweden dan Finland, kanak-kanak di sekolah diberikan gula-gula mengandungi xylitol untuk melindungi gigi mereka selepas makan. Justeru, bagaimana ia berkesan? Di laman web mereka, Peppersmith menggariskan proses itu secara terperinci. Mereka berkata, kerosakan gigi bermula dengan bakteria dalam mulut digelar Streptococcus Mutans. "Bakteria ini membentuk plak yang melekat pada gigi dan menyebabkannya rosak. Apabila anda makan, gula dalam makanan memberi bakteria itu tenaga dan mereka membiak dan mula menghasilkan asid. "Apabila pH dalam mulut akhirnya menurun di bawah pH 5.5, permukaan enamel gigi mula larut. Proses sama berlaku setiap kali selepas snek atau makan dan jika ia berterusan, pada akhirnya gigi rosak. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan