Kosmo Online - Dunia |
- Bekas abang ipar aktres Dreamgirls bersalah kes bunuh
- Peluncur takluki ombak tertinggi
- Kapal terkandas di pantai peranginan
Bekas abang ipar aktres Dreamgirls bersalah kes bunuh Posted: Bekas abang ipar aktres Dreamgirls bersalah kes bunuh
CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) – William Balfour yang merupakan bekas abang ipar bintang filem Dreamgirls, Jennifer Hudson (gambar) didapati bersalah membunuh ibu mertua, adik lelaki dan anak saudara aktres berkenaan. Balfour boleh dipenjara seumur hidup kerana jenayah tersebut. "Ini pembunuhan kejam tanpa rasa kasihan terhadap tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah," kata pendakwa raya, Attorney Anita Alvarez kelmarin. "Kami amat berpuas hati dengan keputusan juri," tambahnya. Balfour, 31, dituduh menembak mati ibu Hudson, Darnell Donerson, 57, adik lelakinya, Jason Hudson, 29, dan anak saudaranya, Julian King pada Oktober 2008. Balfour turut menyembunyikan mayat anak tirinya untuk menutup jenayah tersebut. Pihak pendakwa raya menyatakan, Balfour meluru ke rumah keluarga Hudson di sini dan menembak mati semua penghuninya dengan sepucuk pistol selepas bertengkar dengan isterinya, Julia. Wanita itu bercerai selepas pembunuhan tersebut berlaku. Ketika kejadian, kakak Hudson itu terselamat kerana berada di tempat kerja. Setibanya dia di rumah, Julia terkejut melihat ibunya yang sudah tidak bernyawa, terbaring berlumuran darah di lantai. Dengan spontan, dia berlari keluar untuk menghubungi pihak polis tanpa menyedari adik lelakinya, Jason juga sudah mati manakala anaknya pula hilang. Mayat Julian ditemui di dalam kenderaan utiliti sukan milik Jason yang ditinggalkan di kawasan bandar raya ini, tiga hari selepas kejadian. Pendakwa raya memberitahu, Balfour membawa Julian keluar dan menembak mati anak tirinya di dalam kenderaan SUV tersebut. Dalam pada itu, Hudson, 30, dan Julia tidak dapat menahan sebak apabila seorang juri membacakan keputusan kes tersebut. "Kami menerima sokongan dan kasih sayang daripada orang ramai di seluruh dunia sepanjang perbicaraan selama 14 hari ini dan kami amat berterima kasih," kata Julia. Terdahulu, pihak peguam bela Balfour berhujah bahawa mangsa mungkin dibunuh oleh sindiket dadah ekoran Jason pernah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Hudson, 30, terkenal selepas menjadi finalis program pencarian bakat nyanyian popular, American Idol pada tahun 2005. – AFP | |
Peluncur takluki ombak tertinggi Posted: Peluncur takluki ombak tertinggiREUTERSAKSI Garrett McNamara (dalam bulatan) meluncur ombak setinggi 24 meter di pantai Praia do Norte, Portugal pada 1 November 2011. HONOLULU, Amerika Syarikat (AS) – Seorang peluncur ombak dari Haleiwa, Hawaii, Garrett McNamara meluncur ombak tertinggi di dunia. McNamara 'menakluki' ombak setinggi 24 meter itu di Praia do Norte, Portugal pada 1 November tahun lalu. Menurut seorang jurucakap rekod dunia Guinness World Records, satu panel bebas mendapati imej dan rakaman video McNamara meluncur ombak tersebut adalah tulen. – Reuter | |
Kapal terkandas di pantai peranginan Posted: Kapal terkandas di pantai peranginanORANG RAMAI melihat kapal nelayan Jepun yang terkandas di Cape Town, Afrika Selatan semalam. JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang pegawai penyelamat menyatakan, sebuah kapal nelayan Jepun sepanjang 50 meter yang membawa 28 nelayan dan seekor anjing terkandas di sebuah pantai peranginan popular di Afrika Selatan. Pegawai berkenaan, Craig Lambinon berkata, kabus tebal dipercayai menjadi punca kemalangan itu berlaku di Pantai Pertama di sini semalam. Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dengan 19 anak kapal telah dipindahkan setakat semalam. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan