Ahad, 13 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Abang baling kasut

Posted: 12 May 2012 03:13 PM PDT

OSLO: Abang kepada seorang mangsa yang ditembak mati dengan kejam oleh Anders Behring Breivik, membaling kasut di perbicaraan pembunuh itu di mahkamah sambil menjerit "Pergi jahanam! Kau bunuh adik aku!"

Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari saksi memberi keterangan dalam kes pembunuhan beramai-ramai paling ganas di Norway.

Kasut yang dibaling itu tidak mengenai Breivik, sebaliknya mengenai seorang daripada peguamnya, Vibeke Hein Baera, yang duduk paling dekat dengan galeri awam ketika laporan bedah siasat dibacakan.

Polis berkata, "penyerang" yang dibawa keluar dari mahkamah, adalah abang seorang daripada 69 mangsa yang ditembak mati oleh Breivik di sebuah pulau kecil di Utoeya ketika perkhemahan belia yang dianjurkan oleh Parti Buruh, Julai lalu.


Breivik mengaku membunuh semua mangsa tetapi tidak kepada tanggungjawab jenayah atas alasan dia melindungi keaslian penduduk Norway daripada penghijrahan orang Islam dan polisi multikulturalisme oleh parti pemerintah, Parti Buruh.


Akhbar Aftenposten menamakan lelaki yang membaling kasut itu sebagai Hayder Mustafa Qasim, abang kepada pencari suaka dari Iraq yang dibunuh Breivik.

Hayder memberitahu akhbar itu, "Saya buka kasut dan berdiri, menjerit kepada si pembunuh, pandang matanya dan baling kasut itu."

Katanya, "Saya jerit "Pergi jahanam!" Dia pandang tepat ke mata saya. Saya rasa dia faham maksud saya."

Kejadian itu serupa dengan kejadian di mana seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush pada 2008.

Membaling kasut ke arah seseorang adalah perbuatan paling menghina di Timur Tengah kerana kasut dianggap objek tidak bersih.

Akhbar tempatan melaporkan, Brejvik, 33, berkata selepas insiden itu, "Kalau ada sesiapa mahu baling sesuatu ke arah saya, buatlah ketika saya masuk atau tinggalkan mahkamah. Jangan baling apa-apa ke peguam."

Kejadian yang berlaku kelmarin adalah yang pertama dalam perbicaraan itu. Kebanyakan pemerhati terkejut dengan sikap Breivik yang tenang ketika di mahkamah.

Polis cuba untuk tidak membesarkan kejadian itu.

Pegawai polis yang bertanggungjawab dalam operasi di mahkamah berkata, "Kami menganggap ini sebagai kejadian spontan akibat rasa emosi yang tidak boleh ditahan." - Reuters




Anak saudara aktivis China ditahan polis

Posted: 12 May 2012 03:12 PM PDT

BEIJING: Anak saudara aktvitis China, Chen Chuangcheng, ditahan kerana disyaki membunuh.

Kumpulan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, tangkapan dibuat sebagai membalas dendam terhadap Chen.

Pertubuhan Bantuan China mendedahkan, gambar notis tangkap yang dikeluarkan oleh polis di wilayah Shandong. Menurut notis itu, tangkapan dibuat Rabu lalu.

Kumpulan itu memetik kata-kata peguam anak saudara Chen sebagai berkata, dia mencederakan tiga penceroboh dengan pisau di rumahnya di Shandong pada 26 April lalu apabila mendapati ibu bapanya dipukul. - Agensi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan