Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Timur Turki gempa lagi

Posted:

Timur Turki gempa lagi

Timur Turki gempa lagi


Pasukan menyelamat mengeluarkan seorang lelaki yang terselamat daripada runtuhan bangunan hotel di Van, timur Turki yang dilanda gempa lagi, semalam. – Reuters


VAN 10 Nov. – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi terperangkap di bawah runtuhan dua buah hotel dan bangunan lain apabila satu gempa bumi menggegarkan timur Turki malam tadi, tidak sampai tiga minggu selepas gempa bumi melanda kawasan sama yang menyebabkan 600 orang maut.

Gempa berukuran 5.7 pada skala Richter itu berlaku 16 kilometer ke selatan bandar Van pada pukul 9.23 malam tadi (3.23 pagi ini waktu Malaysia), menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh buah bangunan termasuk dua hotel di Van dan kira-kira 14 struktur lain di bahagian lain kawasan tersebut runtuh, lapor stesen televisyen kerajaan, TRT.

TRT melporkan sekurang-kurangnya 100 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut, termasuk 70 orang yang dilaporkan menginap di sebuah hotel terbabit.

Setakat ini 21 orang berjaya diselamatkan dan dibawa keluar hidup-hidup daripada runtuhan kedua-dua hotel terbabit, lapor stesen televisyen itu.

Pasukan penyelamat mengeluarkan seorang wanita warga Jepun daripada runtuhan Hotel Bayram hampir enam jam selepas gegaran berlaku, lapor agensi berita kerajaan, Anatolian.

Wanita tersebut, Miyuki Konnai menganggotai pasukan penyelamat dan bantuan Jepun yang dihantar ke Van selepas gempa bumi pertama, kurang tiga minggu lalu.

Konnai mengalami kecederaan tetapi dilaporkan sedar ketika dibawa keluar daripada runtuhan dan kelihatan bercakap dengan pekerja penyelamat semasa dibawa ke sebuah ambulans.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia kemudian di hospital.

Siaran televisyen menunjukkan penduduk yang panik melarikan diri ke jalan-jalan raya di Van dan ambulans berkejar dengan siren dibunyikan.

Gempa bumi malam tadi merupakan antara gegaran susulan yang berlaku selepas gempa berukuran 7.6 pada skala Richter melanda timur laut Van pada 23 Oktober lalu.

Ratusan gegaran susulan berlaku sejak itu dan beribu-ribu mangsa masih berlindung di dalam khemah-khemah sementara dalam cuaca sejuk. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Yingluck ikrar tidak akan tunduk

Posted:

Yingluck ikrar tidak akan tunduk

Yingluck ikrar tidak akan tunduk

BANGKOK 10 Nov. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini berikrar untuk terus 'berjuang' menangani krisis banjir terburuk di negara itu, walaupun pentadbirannya mendapat kritikan pelbagai pihak.

''Rakyat menyokong dan mengundi saya. Oleh itu, saya akan terus bekerja dengan sehabis baik,'' katanya kepada pemberita selepas diaju soalan sama ada beliau akan menimbangkan untuk meletak jawatan ekoran kritikan itu.

Banjir yang melanda Thailand sejak akhir Julai lalu sudah meragut 533 nyawa serta memusnahkan kediaman dan mata pencarian berjuta-juta penduduknya dan mengancam ibu negara ini.

Limpahan air dilaporkan semakin menghampiri pusat bandar Bangkok yang didiami 12 juta penduduk.

Ujar Yingluck, rakyat perlu memahami keadaan semasa dan semua pihak telah melakukan yang terbaik dalam menangani krisis banjir.

''Ia adalah bencana alam. Banyak lagi negara luar juga gagal untuk menghalangnya.

''Saya mahu semua bersimpati dengan petugas-petugas yang telah bertungkus-lumus menangani krisis itu. Dan, bagi saya pula, saya akan lakukan yang terbaik serta mendengar segala cadangan,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Biro Konvensyen dan Pameran Thailand (TCEB), Akapol Sorasuchart berkata, banjir menyebabkan industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) Thailand mengalami kerugian berjumlah 2.98 bilion Baht (RM298 juta).

Katanya, 14 acara termasuk tujuh pameran dagangan antarabangsa telah ditunda akibat banjir.

Jelasnya, industri MICE menyumbang 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand, dua kali ganda daripada industri pelancongan yang menyumbang sebanyak enam peratus. - AFP/BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan