Harian Metro: Global |
Posted: 16 Sep 2011 12:20 PM PDT LOS ANGELES: Brad Pitt menggambarkan rumah tangganya dengan Jennifer Aniston sebagai pengalaman membosankan berbanding hidupnya bersama pasangan terkini, Angelina Jolie. Dalam temu bual dengan majalah Parade, Pitt berkata, dia kini menjadi "lelaki yang puas" apabila hidup bersama Angelina.
"Saya sedar, selama ini saya cenderung mencuba menjayakan filem mengenai hidup yang menarik, tetapi hakikatnya hidup saya sendiri tidak menarik," katanya.
Pitt dan Jennifer - binatang siri komedi Friends - berkahwin pada 2000 dan dia sentiasa enggan bercakap mengenai bekas isterinya itu sejak berpisah pada 2005.
"Ketika itu, saya mula bosan dengan hidup saya," katanya.
|
Posted: 16 Sep 2011 09:16 AM PDT MOSCOW: Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, secara berjenaka berkata, isu skandal seks membabitkan Silvio Berlusconi dibuat oleh golongan yang cemburu. Bercakap dalam forum antarabangsa di Sochi, Putin berkata, mereka tidak senang dengan kehebatan seksual Perdana Menteri Itali berkenaan.
Putin turut memuji dasar kekangan kewangan dilaksanakan Berlusconi bagi menangani krisis ekonomi Itali.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan