Sabtu, 17 September 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Niger enggan hantar pulang anak Gaddafi

Posted: 17 Sep 2011 03:43 PM PDT

Dunia

SEKUMPULAN penentang  Gaddafi dengan bersenjata memijak sebidang permaidani yang tertera gambar bekas pemimpin Libya itu, semalam.

SEKUMPULAN penentang Gaddafi dengan bersenjata memijak sebidang permaidani yang tertera gambar bekas pemimpin Libya itu, semalam.

Pemimpin negara jiran Libya mahukan jaminan perbicaraan adil

NIAMEY: Kerajaan Niger menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menghantar pulang anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Saadi, kembali ke negara asalnya selepas beliau melarikan diri berikutan keruntuhan rejim pemerintahan bapanya di Tripoli.

Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Kehakiman Niger, Marou Amadou berkata: Tidak. Demi tanggungjawab antarabangsa (kami), kami tidak boleh menghantar Saadi pulang kerana yang pasti beliau tidak berpeluang menghadapi perbicaraan adil dan akan berdepan hukuman mati.

Dalam erti kata lain, jika lelaki ini atau mana-mana orang dikehendaki oleh sebuah mahkamah bebas untuk dibicarakan dengan adil, Niger akan menunaikan tanggungjawabnya. Niger adalah sebuah kerajaan berdaulat dan kami perlu mempertimbangkan permintaan atau tuntutan apabila mereka menerimanya, katanya.

Dalam satu lawatan ke Libya pada Khamis bersama Perdana Menteri British, David Cameron, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata beliau yakin Niger akan bekerjasama dalam perkara ini.

Kami tidak mempunyai alasan untuk meragui komitmen pemimpin Niger dalam keadilan antarabangsa, kata Sarkozy.

Saadi Gaddafi tersenarai sebagai orang paling rapat dengan rejim Gaddafi yang menjadi sasaran sekatan perjalanan Majlis Keselamatan PBB.
Beliau yang berusia 38 tahun adalah anak ketiga daripada tujuh anak lelaki Gaddafi, bekas seorang pemain bola sepak yang menamatkan karier di Itali pada 2004 untuk menyertai tentera sebelum mengetuai satu unit elit.

Beliau tiba di Niger, Ahad lalu bersama sebuah konvoi yang turut disertai anggota lain rejim yang ditumbangkan itu.

Niger mengesahkan bahawa seramai 32 penyokong Gaddafi berada di negara itu termasuk tiga jeneral dan mereka dibenarkan masuk atas alasan kemanusiaan.
Niamey secara rasmi mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu sebagai kepemimpinan sementara Libya.

Niger menegaskan bahawa Gaddafi sendiri tidak berada di wilayahnya dan mengisytiharkan bahawa pihaknya akan mematuhi perjanjian antarabangsa sekiranya pemimpin Libya yang dikehendaki itu merentasi sempadan negara terbabit.

Niger tidak akan teragak-agak untuk menghormati perjanjian ini sebagai satu demokrasi dan sebuah negara mempunyai undang-undang, kata Amadou.

Penyokong Gaddafi adalah di bawah kawalan kami, pemantauan kami dan perhatian kami dan kerajaan akan memastikan bahawa mereka menjauhi semua aktiviti politik, katanya.

Amadou berkata bahawa satu delegasi NTC dijangka berada di Niamey dan pada masa ini sentiasa menghubungi pihak berkuasa terbabit. AFP


Bah di Pakistan kian meruncing

Posted: 17 Sep 2011 03:41 PM PDT

Dunia

KARACHI: Dunia didakwa mengabaikan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah Sindh, Pakistan apabila banjir tahun kedua itu memaksa lebih dua juta penduduk meninggalkan rumah masing-masing, memusnahkan tanaman dan menyebabkan berjuta-juta penduduk berisiko mendapat penyakit berjangkit, kata agensi bantuan dan pemimpin politik tempatan.

Dianggarkan 300 orang mati dalam tempoh tiga bulan berikutan musim hujan yang memusnahkan 400,000 kediaman, dan menyebabkan lebih dua juta penduduk mengalami malaria, hepatitis dan penyakit berjangkit lain.

Kira-kira 70 peratus daripada sejuta penduduk tinggal di kawasan perlindungan sementara tujuh ribu penduduk dilaporkan diancam ular air. Sebanyak 22 daripada 24 daerah dilaporkan ditenggelami banjir dengan 10 daripadanya serius termasuk berjuta-juta penduduk mengalami nasib sama dan dipindahkan kira-kira setahun lalu.

Lebih 21 juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dalam kejadian banjir 2010 yang menyebabkan satu perlima kawasan di Pakistan dilanda banjir dan lebih 1,000 penduduk meninggal dunia.

Menurut agensi bantuan, kesan banjir tahun ini adalah lebih buruk berbanding tahun lalu kerana kebanyakan mangsa terpaksa meninggalkan kediaman mereka dua kali berturut-turut tetapi bantuan antarabangsa dilaporkan terlalu perlahan, mengancam penduduk.

Pendapat kami adalah ia sudah sedia buruk berbanding tahun lalu, bukan kerana bilangannya tetapi kesan terhadap penduduk yang sudah sedia terjejas berikutan banjir besar tahun lalu, kata Pengarah Oxfam Pakistan, Neva Khan.
Setakat ini usaha bantuan agensi antarabangsa di ketuai Pakistan belum dapat menyelaraskan sumbangan dan bantuan kerajaan.

Namun, beliau menggesa penyumbang individu dan kumpulan bantuan segera membantu sebelum keadaan lebih teruk. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan