Kosmo Online - Dunia |
- Planet dalam filem Star Wars ditemui
- Britain, Perancis didakwa cuba menjajah Libya
- Cahaya misteri di selatan AS
Planet dalam filem Star Wars ditemui Posted: Planet dalam filem Star Wars ditemui
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar semalam. Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filem Star Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine. Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b. Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi. Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA). "Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan. Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang. Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi. "Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss. - Agensi | |
Britain, Perancis didakwa cuba menjajah Libya Posted: Britain, Perancis didakwa cuba menjajah LibyaDAVID CAMEROn (kiri) dan Nicholas Sarkozy (kanan) melawat pesakit di Pusat Perubatan Tripoli di Tripli kelmarin. NICOSIA - Lawatan ke Libya oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menandakan bermulanya penjajahan di Libya, sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak, kata jurucakap Muammar Gaddafi, Musa Ibrahim. Kedua-dua pemimpin Barat berkenaan yang mengetuai perang ke atas Libya ekoran kedua-dua negara mereka menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang membantu menumbangkan Gaddafi, disambut sebagai wira semasa lawatan ke Tripoli dan Benghazi, timur Libya kelmarin. Namun, Musa dalam satu wawancara telefon bersama stesen televisyen Syria, Arrai kelmarin mendakwa kedua-dua pemimpin itu membantu pemberontak Libya kerana mereka mempunyai niat tersembunyi. "Lawatan Cameron dan Sarkozy itu menandakan proses untuk menjajah Libya telah bermula," kata Musa "Mereka tiba segera untuk mengutip hasil kejatuhan Tripoli kepada pemberontak kerana mereka sebenarnya bimbang akan kehadiran Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain yang mahukan hasil minyak negara ini," jelasnya tanpa mendedahkan lokasi panggilan telefon itu dibuat. Gaddafi, 69, dan orang-orang kanannya menyembunyikan diri sejak ibu kota Libya, Tripoli ditawan oleh para pemberontak yang disokong Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menjelang Hari Raya Aidilfitri lepas. Namun, bekas pemimpin Libya itu dipercayai masih berada di tanah airnya, walaupun keluarganya telah melarikan diri ke Algeria dan Niger. "Mereka bergegas ke Tripoli untuk memeterai perjanjian rahsia dengan golongan pembelot dan tali barut (NTC) bagi mengawal pelaburan minyak dengan menggunakan alasan membangunkan semula Libya," ujar Musa. "Mereka bercakap tentang kos ratusan bilion dolar untuk membangunkan semula Libya. Sedangkan mereka sebenarnya yang memusnahkan Libya dan menggunakan wang rakyat untuk membina semula negara ini," ujar Musa. Cameron ketika berada di Tripoli menyatakan, Britain akan membebaskan aset Libya sebanyak AS$950 juta (RM2.93 bilion) yang disimpan di negara Eropah itu untuk membantu pemerintah baharu Libya iaitu NTC yang mewakili pemberontak. - AFP | |
Posted: Cahaya misteri di selatan AS
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Satu cahaya terang yang meluncur di langit barat daya AS pada waktu malam dipercayai merupakan sebutir asteroid yang memasuki atmosfera Bumi, kata seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin. Ribuan orang dari selatan California hingga ke negeri Arizona melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak media pada Rabu lepas bahawa mereka melihat cahaya terang itu bergerak laju dari barat ke timur sekitar pukul 7.45 malam waktu tempatan. Ramai yang memberitahu cahaya itu berwarna hijau kebiruan manakala sebahagian lagi menyatakan ia berwarna oren dan kuning. Beberapa orang pula turut merakamkan cahaya ganjil tersebut. Imej itu dilihat dari bandar Phoenix di negeri Arizona ke bandar Las Vegas, di negeri Nevasa dan Los Angeles di California. Ketua Program Objek Berhampiran Bumi NASA, Don Yeomans berkata, beliau yakin cahaya itu berasal daripada pecahan asteroid sebesar bola keranjang atau bola besbol berbentuk bebola api yang memasuki atmosfera Bumi dan hancur sebelum ia jatuh ke tanah. Menurutnya, fenomena itu merupakan kejadian biasa yang berlaku pada setiap minggu. Namun, katanya, ia biasa berlaku di lautan dan jarang dilihat oleh manusia. "Adalah ganjil objek sebesar ini dilihat di kawasan-kawasan penempatan penduduk," kata Yeomans. Beliau menolak fenomena itu disebabkan oleh kapal angkasa lepas yang rosak yang jatuh ke Bumi kerana insiden itu boleh diramalkan sebelum ia berlaku. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan