Sabtu, 17 September 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Polis Thai syak dua entiti

Posted:

Polis Thai syak dua entiti

Polis Thai syak dua entiti


TENTERA Thai menyiasat bangkai kenderaan yang dipercayai dipasang bom dalam serangan di pekan Golok, Narathiwat, kelmarin. – AFP


NARATHIWAT 17 Sept. – Polis Thailand mendakwa serangan bom di Golok disyaki dilakukan oleh puak pemisah yang sengaja menyasarkan kepada pelancong, serangan yang terbesar sejak beberapa bulan lalu di kawasan selatan yang majoritinya diduduki oleh orang Islam.

"Pemberontak sengaja meningkatkan kekejaman ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan pelancong asing," kata komander Polis Wilayah Sempadan Selatan, Phaithoon Choochaiya.

Pemberontak sering menyerang pasukan keselamatan, pekerja kerajaan dan orang awam beragama Buddha dan Islam tetapi jarang melibatkan pelancong asing.

Pengarah Hospital Sungai Golok berkata, 19 pelancong dari Malaysia adalah antara yang tercedera dalam serangan semalam.

Katanya, 40 orang masih dirawat di hospital manakala yang lain telah dibenarkan pulang.

Dua letupan bom di luar Hotel Parkson dan pusat kebudayaan Cina dipercayai dipasang pada dua buah motosikal.

Satu lagi letupan di luar Hotel Merlin dan berdekatan dengan balai polis dipercayai bom yang dipasang di dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun, seorang lagi pegawai polis Thai mendakwa serangan bom itu dilakukan oleh sindiket pengedaran dadah.

Ketua polis Sungai Golok, Kolonel Jakraporn Thaenthong berkata, serangan tersebut merupakan balas dendam sindiket dadah terhadap tindakan keras polis yang sering diambil terhadap mereka.

Katanya, sejak kerajaan baru ditubuhkan pada Ogos lalu, polis telah merampas kira-kira 100,000 pil methamphetamine di wilayah Narathiwat.

"Serbuan terbaru dilakukan Rabu lalu di kawasan itu dan kami percaya pengedar dadah yang melakukan serangan tersebut," katanya. – AP/ dpa

Pesawat terhempas ke kawasan penonton

Posted:

Pesawat terhempas ke kawasan penonton

Pesawat terhempas ke kawasan penonton


Detik-detik pesawat P51 Mustang era Perang Dunia Kedua terhempas dirakam oleh penonton semasa pertunjukan udara di Reno, Nevada, kelmarin. - AGENSI


LOS ANGELES 17 Sept. - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 54 lagi cedera apabila sebuah pesawat lama terhempas ke kawasan tempat penonton ketika pertunjukan udara di Reno, Nevada, semalam.

Kira-kira 12 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal selepas pesawat Perang Dunia Kedua itu yang dipandu oleh juruterbang veteran berusia 74 tahun jatuh terjunam berhampiran dengan tempat duduk utama yang penuh sesak.

Seorang lagi saksi memberitahu, juruterbang pesawat malang itu cuba mengelak berlaku lebih banyak kematian dengan tidak melanggar tempat duduk utama.

"Kita bernasib baik kerana ia terhempas di kawasan kotak," kata ketua Persatuan Pelumba Udara Reno, Michael Houghton.

Pesawat jenis II P-51 Mustang yang dikenali sebagai Galloping Ghost itu dipandu oleh pemaju hartanah Florida, Jimmy Leeward, 74.

Rakaman video amatur yang diambil dari tempat duduk utama menunjukkan orang ramai berlari ketakutan ketika pesawat itu jatuh terjunam ke landasan kapal terbang.

Mike Darper yang juga dari Persatuan Pelumba Udara Reno berkata, insiden berlaku ketika juruterbang baru membuat satu pusingan dan dia tiba-tiba meminta bantuan.

Seorang saksi, Ben Cissell bagaimanapun memuji Leeward kerana menganggarkan telah menyelamatkan nyawa 200 hingga 300 orang dengan mengelak daripada melanggar tempat duduk utama.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) turut melancarkan siasatan segera dan akan memberikan angka korban terkini berhubung insiden itu, menurut Houghton. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan