Kosmo Online - Dunia |
- Isteri ditembak mati semasa berjalan
- Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta
- Remaja terperangkap di tepi tebing tinggi
Isteri ditembak mati semasa berjalan Posted: Isteri ditembak mati semasa berjalan
BOONTON, Amerika Syarikat (AS) – Polis mengesyaki sepasang suami isteri beragama Islam yang berketurunan Pakistan ditembak semasa sedang menolak kereta sorong anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun di sini merupakan sasaran serangan terancang. Serangan itu berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Dalam kejadian tersebut pada Selasa lalu, si isteri, Nasish Noorani, 27, terbunuh manakala suaminya, Kashif Pervaiz, 26, cedera ditembak sebanyak empat kali. Kashif menjalani pembedahan di sebuah hospital kelmarin. POTRET perkahwinan Nasish Noorani dan suaminya, Kashif Pervaiz. Namun anak mereka tidak ditembak Kashif merupakan pelajar doktor falsafah (Ph-D) di Universiti Harvard dalam bidang kejuruteraan dan seni bina. "Kes ini masih dalam siasatan dan pendedahan maklumat pada peringkat ini akan menjejaskan siasatan," kata pendakwa raya Daerah Morris, Robert Bianchi dalam satu kenyataan. "Berpandukan maklumat yang telah kami peroleh, sasaran tembakan ini telah dirancang dan kejadian ini bukan kes tembakan rambang yang membahayakan nyawa orang ramai," tambahnya. Pasangan suami isteri itu berada di rumah saudara perempuan Nooraini di sini untuk berbuka. Mereka ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai berbuka puasa. Laman berita NJ.com melaporkan bahawa lima das tembakan dilepaskan sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan. Noorani ditembak dekat dengan jantungnya manakala suaminya pula ditembak di pergelangan kaki dan bahu. Polis masih memburu tiga suspek yang terbabit dalam serangan kejam itu. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta Posted: Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 jutaTOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain. Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini. Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai. Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Remaja terperangkap di tepi tebing tinggi Posted: Remaja terperangkap di tepi tebing tinggiEMPAT orang remaja (dalam bulatan) terperangkap di tepi tebing tinggi di Teluk Dunraven, Wales baru-baru ini. TELUK DUNRAVEN, Wales – Dua remaja lelaki dan dua gadis terlepas daripada maut selepas mereka berjaya diselamatkan dari tebing setinggi 60.96 meter di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin. Semua remaja berusia 17 tahun itu pada mulanya pergi ke kawasan pantai di Teluk Dunraven dekat Southerndown untuk bersuka ria sempena cuti sekolah. Mereka kemudian memanjat tebing batu untuk menyanyi. Malangnya, mereka terperangkap di tepi tebing kerana air laut mula pasang. Mujurlah ada beberapa orang yang terlihat mereka dari arah pantai yang memberitahu pihak keselamatan menyebabkan sebuah helikopter dihantar untuk melakukan operasi menyelamat. Keempat-empat remaja itu diangkat dengan menggunakan tali ke tempat yang lebih selamat. Beberapa pegawai keselamatan yang menaiki bot gagal untuk mendekati lokasi tempat keempat-empat remaja berkenaan terperangkap kerana ombak kuat. Keempat-empat remaja itu dihantar oleh helikopter berkenaan ke kawasan berhampiran. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan