Jumaat, 19 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pakistan, Afghanistan bergegar

Posted: 19 Aug 2011 12:48 PM PDT

Dunia

SEORANG penduduk tempatan membersihkan masjid selepas kejadian pengeboman tragik di bandar Jamrud, semalam.

SEORANG penduduk tempatan membersihkan masjid selepas kejadian pengeboman tragik di bandar Jamrud, semalam.

Serangan bunuh diri letup bom di Khyber, Kabul cemar Ramadan

PESHAWAR: Seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah masjid di Khyber, Pakistan ketika solat Jumaat semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang dan mencederakan lebih 100 lain, kata pihak berkuasa.

Pegawai pentadbir kanan tempatan Sayed Ahmed Jan berkata bom di Khyber meletup ketika lebih 500 orang memenuhi masjid di bandar Jamrud, 25 kilometer dari bandar ini. "Bom meletup sebaik saja solat Jumaat berakhir," katanya yang mengesahkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan 117 lagi cedera dalam kejadian itu.

"Ia adalah satu serangan bunuh diri. Pengebom memakai jaket yang diisi kira-kira 10 kilogram bahan letupan dan berjalan kaki. Dia meletupkan bom itu di dewan solat utama," kata Khalid Mumtaz Kundi.

Seorang lagi pegawai pentadbir, Mutazar Zeb berkata mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran sementara skuad pemusnah bom berada di tempat kejadian.
Saluran televisyen tempatan menunjukkan kopiah dan pakaian berlumuran darah di tempat kejadian, sementara ruangan dalaman masjid rosak teruk.
Seperti mana dunia Islam lain, Pakistan menyambut bulan suci Ramadan dari terbit matahari hingga terbenam fajar.

Seorang pegawai di Kompleks Perubatan Hayatabad Iftikhar Khan berkata 40 orang mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital itu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu namun pengeboman Taliban dan rangkaian dikaitkan Al-Qaeda kerap dipersalahkan dalam siri serangan yang sudah mengorbankan lebih 4,550 orang sejak 2007.

Pengeboman semalam adalah yang terburuk sejak 13 Mei lalu apabila dua penyerang meletupkan bom di luar sebuah pusat latihan polis, mengorbankan 98 orang.

Sementara itu di KABUL, Afghanistan, sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam kejadian letupan bom di Pusat Kebudayaan British (British Council) di bandar raya ini ketika penduduk bercuti sempena kemerdekaan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Siddiq Siddiqui berkata, lima letupan besar kedengaran kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan disusuli kejadian tembak menembak yang berterusan selama kira-kira empat jam.

"Seramai lapan orang, kebanyakannya anggota polis terbunuh manakala sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera. Salah seorang penyerang ditemui masih hidup," katanya.

Kedutaan British dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai NATO di Afghanistan mengesahkan bahawa sasaran serangan adalah British Council.
"Saya boleh mengesahkan laporan serangan terhadap kawasan British Council di Kabul," kata seorang jurucakap kedutaan.

Beliau berkata bahawa kedutaan menghubungi pihak berkuasa Afghanistan di tempat kejadian tetapi tidak dapat memberikan sebarang maklumat mengenai kemalangan itu. – AFP – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjara jika enggan buka burqa

Posted: 19 Aug 2011 12:46 PM PDT

Dunia

SEORANG wanita  Muslim memakai  burqa ketika  beli-belah  di sebuah pasar raya di  Sydney, Australia.

SEORANG wanita Muslim memakai burqa ketika beli-belah di sebuah pasar raya di Sydney, Australia.

Australia denda pemandu wanita tak tanggal niqab jika diarah polis

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia semalam berkata pengguna jalan raya yang enggan membuka penutup muka seperti burqa, topi keledar dan topeng selepas polis, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun.

Di bawah undang-undang pindaan di New South Wales, polis akan meminta pemandu menanggalkan topi keledar, topeng, niqab yang menutup muka dan burqa. Enggan berbuat demikian boleh dikenakan denda A$220 (RM681.21), namun dalam kebanyakan kes serius boleh menyebabkan mereka dipenjara hingga setahun dan denda A$5,500 (RM15,477.97).

"Penduduk hanya diminta membuka penutup muka untuk mengenal pasti identiti mereka," kata Perdana Menteri New South Waltes, Barry O'Farrell.

"Mereka yang mahu dikenal pasti secara persendirian atas alasan budaya dan agama boleh meminta untuk pergi ke balai polis."

Perubahan itu yang akan diperkenalkan ke parlimen minggu depan, juga memberi kerajaan kuasa untuk meminta menanggalkan penutup muka di mahkamah sambil pelawat ke penjara juga diminta mengeluarkan mana-mana penutup yang menghalang pengenalan identiti mereka.
Mereka yang enggan boleh dikenakan denda sehingga A$550 (RM1,700.63).

"Saya menghormati setiap aspek agama dan kepercayaan berbeza namun apabila ia membabitkan penguatkuasaan undang-undang, polis perlu diberi kuasa mencukupi untuk mengenal pasti identiti," kata O'Farrell dalam satu kenyataan.

Perubahan itu diikuti kes terbaru seorang wanita Islam dilepaskan apabila seorang majistret memutuskan dia tidak dapat dikenal pasti secara positif kerana memakai burqa. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan