Jumaat, 19 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pemandu nyaris maut lori rempuh tembok bangunan

Posted: 18 Aug 2011 07:39 AM PDT

NEW YORK: Seorang pemandu lori terpaksa diselamatkan dengan tangga selepas lori dipandunya merempuh dinding bangunan yang sedang diperbaiki, semalam.

Menurut sumber, pemandu terbabit hanya memberhentikan kenderaan itu selepas separuh daripada lori berkenaan terjulur keluar.


Saksi berkata, pemandu terbabit bernasib baik kerana bahagian belakang lori itu tersangkut pada bingkai tingkap dan menghalangnya daripada terhumban dari tingkat dua bangunan berkenaan.

"Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terkejut melihat lori itu terkeluar dari bangunan.


"Pemandunya menjerit-jerit panik dan meminta tolong," katanya.


Selepas diselamatkan anggota bomba, pemandu berusia 56 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk dirawat kerana kecederaan di leher dan belakangnya. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga Jepun amanah

Posted: 18 Aug 2011 07:36 AM PDT

LONDON: Penduduk Jepun memulangkan kepada pihak berkuasa kira-kira RM246 juta wang milik mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu awal tahun ini.

Kejujuran itu didedahkan ketika mahkamah Britain berdepan dengan longgokan kes jenayah ekoran rusuhan melanda beberapa bandar raya negara itu minggu lalu.


Dalam tempoh lima bulan sejak bencana melanda Jepun, orang ramai mengembalikan ribuan dompet dan beg tangan yang ditemui di bawah runtuhan bangunan serta kediaman.

Dianggarkan nilai wang yang ditemui daripada dompet dan beg tangan itu bernilai hampir RM148 juta.


Lebih 5,700 peti besi yang dihanyutkan ombak ke pantai juga diangkut dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan dan anggota penyelamat.


Hasil pemeriksaan mendapati, ada kira-kira RM98.6 juta ditemui.

Satu daripada peti keselamatan itu turut menyimpan wang bernilai hampir RM3 juta.


Selain wang tunai, peti keselamatan itu turut berisi ketulan emas, barang antik serta pelbagai barang berharga.

Menurut polis Jepun, hampir semua wang yang ditemui di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu dikembalikan kepada pemiliknya.


Menurut pegawai poils Miyagi, Koetsu Saiki, usaha mengesan pemilik harta itu lebih mudah kerana kebanyakan penduduk di situ menyimpan buku bank atau geran tanah yang menyatakan nama dan alamat mereka.


"Pada satu ketika, polis menerima terlalu banyak peti keselamatan sehinggakan kami sukar mencari tempat untuk menyimpannya," katanya.


Hingga kini pun, kata Saiki, masih ada ramai yang tampil memulangkan barangan bernilai kepada polis setiap minggu.


Amalan menyimpan wang yang banyak di rumah atau pejabat bukan asing kepada masyarakat Jepun, terutama di kawasan pesisir pantai.


Di situ, kebanyakan syarikat perikanan lebih suka berurus niaga menggunakan wang tunai. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan