Kosmo Online - Dunia |
- Tubuh ketua IMF diperiksa polis
- Lagi enjin pesawat Airbus terbakar
- Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM
Tubuh ketua IMF diperiksa polis Posted: Tubuh ketua IMF diperiksa polisDominique Strauss-Kahn (dua dari kanan) dibawa oleh anggota-anggota polis keluar dari sebuah balai polis di New York pada Ahad lalu. NEW YORK - Tubuh Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn kelmarin diperiksa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bukti berhubung dakwaan serangan seksual yang dilakukannya terhadap seorang pengemas bilik hotel di sini. Strauss-Kahn, 62, yang berkahwin dan memiliki empat orang anak sebelum ini memiliki reputasi sebagai penggoda agung wanita. Beliau dijadualkan dihadapkan di mahkamah AS semalam berhubung dakwaan melakukan serangan seksual, cubaan merogol dan mengurung mangsa secara haram selepas wanita itu memasuki bilik hotelnya berhampiran Times Square di sini untuk mengemaskannya. Peguamnya, William Taylor berkata, ketua IMF itu ditangkap pada Sabtu lepas dan ditahan lebih 24 jam di sebuah balai polis di sini. Mangsa kemudian dapat mengecamnya dalam satu kawad cam Sekumpulan jurugambar merakamkan beliau dibawa ke sebuah balai polis di sini dalam keadaan tangannya digari seperti penjenayah lain. Menurut Taylor, anak guamnya kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan forensik atas arahan pendakwa raya bagi mendapatkan lebih banyak bukti dalam kes tersebut. Beliau dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini awal semalam. Seorang lagi peguam Strauss-Kahn, Benjamin Brafman berkata, Pengarah Urusan IMF berkenaan akan menentang semua dakwaan terhadapnya dan menafikan melakukan sebarang kesalahan. Ketua IMF itu ditangkap kurang empat jam selepas serangan seksual tersebut didakwa berlaku. Beliau ditahan semasa berada dalam pesawat yang dijadual menuju ke Paris ketika pesawat berkenaan hendak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini. Polis berkata, Strauss-Kahn bersendirian ketika beliau mendaftar masuk ke hotel mewah Sofitel di sini pada tengah hari Jumaat lalu. Sementara itu, ketua IMF berkenaan yang memakai kot hujan hitam dan kemeja cerah, dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini semalam. Beliau muncul di mahkamah berkenaan di hadapan Hakim Melissa Jackson untuk seketika sebelum dibawa meninggalkan kamar mahkamah melalui pintu belakang. Setakat ini, masih tidak jelas mengapa Strauss-Kahn meninggalkan kamar mahkamah tersebut tetapi peguam-peguamnya tidak kelihatan bersamanya sekali gus menunjukkan kesnya masih belum siap untuk perbicaraan. Semasa beberapa minit di dalam kamar mahkamah, Strauss-Kahn duduk di atas bangku tempat suspek penjenayah menunggu sebelum mereka muncul di hadapan hakim. Beliau tidak kelihatan digari ketika di dalam mahkamah. Strauss-Kahn berada di mahkamah untuk membuat pengakuan tidak bersalah dan bagi memohon ikat jamin. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lagi enjin pesawat Airbus terbakar Posted: Lagi enjin pesawat Airbus terbakarBEBERAPA anggota perkhidmatan kecemasan memadamkan kebakaran pada sebuah enjin pesawat Airbus A330-300 di Lapangan Terbang Changi, Singapura semalam. SINGAPURA - Sebuah enjin pesawat gergasi Airbus A330-300 milik syarikat penerbangan Cathay Pasific yang dalam penerbangan ke Jakarta, Indonesia terbakar semalam. Kebakaran itu menyebabkan pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi di sini sejurus selepas ia berlepas. Bagaimanapun, kesemua 136 penumpang yang menaiki pesawat Airbus A330-300 itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata, anggota-anggota perkhidmatan kecemasan berjaya memadam kebakaran pada salah satu enjin pesawat berkenaan. "Disebabkan isu berkaitan enjin, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi dan mendarat dengan selamat pada pukul 1.57 pagi," kata kenyataan itu. Satu landasan di lapangan terbang yang menerima penumpang di antara 25 juta hingga 40 juta setahun terpaksa ditutup lebih satu jam disebabkan kejadian itu. Jurugambar Reuters, Beawiharta yang menaiki pesawat itu memberitahu terdapat bunyi yang kuat 20 minit selepas ia berlepas. Menurutnya, pesawat itu bergoyang dan dia menghidu bau terbakar. Anak lelakinya, Pradipta, 15, yang melihat tingkap pesawat kemudian menjerit: "Saya lihat api!Saya lihat api!Adakah kita akan mati?" Menurut jurugambar itu, terdapat penumpang yang berdoa meminta perlindungan daripada Tuhan. Dia berkata, seorang jururawat kemudian memberitahu, satu enjin terbakar dan pesawat itu berpatah balik ke Singapura. Kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong. Syarikat Cathay Pacific dan pembuat enjin pesawat terbabit, Rolls-Royce sedang menyiasat kejadian itu. Menurut satu kenyataan syarikat penerbangan itu, pesawat itu menerima amaran dari enjin No.2 sejurus ia berlepas. "Kru-kru menutup enjin Rolls-Royce itu apabila mereka menerima amaran dan pendaratan kecemasan diisytiharkan," kata kenyataan tersebut. Pada November tahun lalu, sebuah pesawat Airbus A380 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi kerana salah satu enjin pesawat meletup di udara. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM Posted: Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PMYINGLUCK SHINAWATRA dikerumuni jurugambar di ibu pejabat Parti Puea Thai, Bangkok semalam. BANGKOK - Adik perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra semalam mengumumkan akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk merebut jawatan perdana menteri Thailand pada pilihan raya umum Julai depan. Pencalonan wanita Yingluck Shinawatra, 43, oleh parti yang pernah dipimpin Thaksin, Parti Puea Thai menjadikannya wanita pertama bertanding merebut jawatan tertinggi itu selain mengesahkan peranan Thaksin dalam senario politik Thailand walaupun beliau kini tinggal dalam buangan. "Saya bersedia berjuang menurut undang-undang dan saya meminta peluang untuk membuktikan diri saya. Saya meminta kepercayaan anda dan anda semua pernah memberikan kepercayaan kepada abang saya," katanya dalam satu perhimpunan parti Puea Thai di sini. Keputusan parti itu yang sebulat suara memilih Yingluck sebagai calon utama mereka dibimbangi akan meningkatkan ketegangan di Thailand terutamanya di kalangan mereka yang tidak mahu Thaksin kembali ke negara itu. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan