Selasa, 17 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Wanita Pertama Perancis hamil

Posted: 17 May 2011 03:01 PM PDT

Dunia

NICOLAS Sarkozy bersama Carla Bruni  ketika menghadiri satu majlis di Paris baru-baru ini.

NICOLAS Sarkozy bersama Carla Bruni ketika menghadiri satu majlis di Paris baru-baru ini.

Bapa Sarkozy dedah kepada media

BERLIN: Isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Carla Bruni-Sarkozy sedang hamil, kata bapa mentuanya, Pal Sarkozy yang dipetik akhbar Jerman, Bild, semalam.

"Saya berasa amat gembira untuk menimang cucu," kata Pal, 82, kepada akhbar yang mempunyai sejumlah besar pembaca itu. Beliau berkata, presiden Sarkozy dan Bruni 'tidak mahu mengetahui jantina bayi itu'.

"Saya yakin ia seorang perempuan dan mempunyai wajah secantik Carla," katanya.
Satu sesi temuramah televisyen dengan wanita pertama Perancis berusia 43 tahun itu semalam, menyemarakkan khabar angin bahawa beliau sedang hamil.

Wartawan membuat spekulasi meluas bahawa Bruni akan mengumumkan kehamilannya apabila beliau muncul untuk sesi temuramah secara langsung di stesen televisyen swasta TF1.
Bagaimanapun Bruni secara 'halus' menolak untuk membuat pengesahan secara terbuka.

Pengacara Jean-Pierre Pernaut pada mulanya tidak menyoal Bruni mengenai kehamilannya, sebaliknya membincangkan kerja amal membanteras masalah buta huruf dikalangan kanak-kanak.

Pernaut kemudian membuat berkata: "Saya tahu anda tidak suka membincangkan kehidupan peribadi, tetapi saya hanya ingin 'mengucapkan tahniah' kepada anda."
Carla menjawab: "Saya juga mengucapkan tahniah kepada anda." Beliau tidak menyatakan mengapa ucapan tahniah diberikan, sebelum temuramah itu berakhir. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengarah Urusan IMF boleh kena 25 tahun

Posted: 17 May 2011 02:53 PM PDT

Dunia

Strauss-Kahn didakwa cuba perkosa ditahan di penjara

NEW YORK: Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn bermalam di penjara Pulau Rikers yang digeruni di sini malam kelmarin selepas didakwa cuba merogol seorang pekerja hotel serta berdepan hukuman penjara 25 tahun jika disabitkan.

Hakim Melissa Jackson diyakinkan pendakwa raya bahawa Strauss-Kahn, mungkin cuba lari ke Perancis menyebabkan beliau mengarahkan tertuduh ditahan di penjara dan menetapkan perbicaraan baru Jumaat ini. Polis membawa keluar Strauss-Kahn dari pesawat Air France, Sabtu lalu, beberapa minit sebelum ia berlepas ke Paris.

Beliau ditahan bersendirian dalam bilik 3.5 meter panjang dan 4 meter lebar dan diberi katil asas, cawan minum, sabun, syampu dan ubat gigi.

Hanya tiga malam sebelumnya, Strauss-Kahn tidur di suite hotel mewah berharga AS$3,000 (RM9,133) sehari lengkap dengan bilik persidangan, ruang tamu, bilik mandi marmar dan sebuah bilik tidur dengan tilam saiz 'king' serta selimut bulu.

Strauss-Kahn didakwa menyerang seorang pekerja di suite Hotel Sofitel di Times Square, tengah hari Sabtu lalu. Sejak itu, kerjayanya semakin suram.
Peguamnya berkata dia tidak bersalah namun bakal kehilangan pekerjaan sebagai ketua IMF yang menerajui ekonomi dunia dan harapannya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden Perancis April tahun depan hancur berkecai.

Strauss-Kahn, 62, dipindahkan ke Pulau Rikers selepas Jackson menolak permohonan diberi ikat jamin. Apapun, bilik tahanannya adalah antara 10 sel terkecil di kompleks Rikers.

Jurucakap Jabatan Pemulihan New York berkata, Strauss-Kahn juga disekat berinteraksi dengan tahanan lain walaupun dibenarkan keluar untuk bersiar-siar, bersenam atau menonton televisyen.

Ketua IMF itu kelihatan lesu dan tertekan dalam kemunculan mahkamah pertamanya awal pagi kelmarin ketika pendakwa raya memperincikan dakwaan serangannya ke atas pekerja hotel terbabit.

"Dia menyerang mangsa secara seksual dan cuba merogol. Apabila tidak berjaya, dia memaksa mangsa melakukan seks oral terhadapnya," kata Penolong Peguam Daerah, John McConnell memberitahu mahkamah.

Peguam Strauss-Kahn dijangka membuat rayuan terhadap keputusan jaminan hakim dan ia mungkin menjadi isu penting dalam kes itu.

Jaminan akan memberi Strauss-Kahn, capaian lebih baik kepada peguam belanya dan membenarkannya tinggal di sini bersama isterinya, personaliti televisyen terkenal Perancis Anne Sinclair, sementara menunggu perbicaraan.

Tanpanya, dia mungkin berdepan tempoh menunggu panjang dalam sel penjara sengsara, keadaan yang dikatakan pakar mungkin menolaknya ke arah satu perjanjian pengakuan.

Ketika di Rikers, Strauss-Kahn kemungkinan dibenarkan tiga pelawat seminggu selain peguamnya dan akan diberi sejam sehari untuk bersenam. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan