Selasa, 17 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pencuri mayat presiden dijel

Posted: 16 May 2011 08:53 AM PDT

NICOSIA: Sebuah mahkamah di Cyprus semalam memerintahkan tiga lelaki dipenjara sehingga 20 tahun kerana mencuri mayat bekas presiden negara itu, Tassos Papadopoulos.

Tertuduh - dua warga Greek dan seorang India - didapati bersalah menceroboh kawasan perkuburan sebelum menggali kubur Papadopoulos.


Mayat ahli politik itu dicuri pada akhir 2009 dan disembunyikan di tanah perkuburan lain di pinggir Nicosia.

Hakim berkata, seorang daripada tertuduh mengarahkan adiknya menggali kubur berkenaan dan menyembunyikan mayat itu dengan harapan dia boleh merundingkan pembebasannya atas dua kesalahan membunuh.


Polis menemui mayat itu tiga bulan kemudian selepas lelaki warga India itu menghubungi keluarga Papadopoulos untuk meminta wang. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengarah Urusan IMF mungkin berdepan satu lagi tuduhan lakukan serangan seksual

Posted: 16 May 2011 08:53 AM PDT

PARIS: Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa serangan seksual Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mungkin memfailkan tuntutan di mahkamah, kata peguamnya, semalam.

Menurut David Koubbi, wanita terbabit, Tristane Banon, mempertimbangkan kemungkinan membuat aduan rasmi atas serangan seksual dilakukan Dominique Strauss-Kahn hampir 10 tahun lalu.


Insiden itu berlaku ketika Tristane, seorang penulis, menemubual Strauss-Kahn - bekas Menteri Kewangan Perancis - di sebuah apartmen.

Kelmarin, Strauss-Kahn didakwa di mahkamah kerana melakukan serangan seksual ke atas pekerja hotel di New York sejurus sebelum dia menuju lapangan terbang.


Dia ditahan pihak berkuasa dalam pesawat Air France yang sepatutnya bertolak ke Paris, Perancis.


Menurut Koubbi, serangan ke atas Tristane berlaku pada 2002.

Walaupun undang-undang Perancis mewajibkan dakwaan serangan seksual difailkan dalam tempoh tiga tahun, cubaan rogol, ia dibenarkan sehingga 10 tahun.


Tristane tidak memfailkan tuntutan ketika itu kerana ibunya - seorang pemimpin Parti Sosialis - memujuknya supaya tidak mendakwa Strauss-Kahn yang juga kenalan baik keluarga mereka. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan