Kosmo Online - Dunia |
- AS hantar kapal perang ke Libya
- Klip video persenda Gaddafi
- Oman hantar tenteraatasi tunjuk perasaan
AS hantar kapal perang ke Libya Posted: AS hantar kapal perang ke LibyaGambar fail menunjukkan kapal pengangkut USS Kearsarge yang dihantar Amerika Syarikat berhampiran perairan Libya. TRIPOLI - Kuasa-kuasa asing meningkatkan tekanan terhadap diktator Libya, Muammar Gaddafi kelmarin. Sebuah akhbar melaporkan langkah itu diambil selepas tentera Gaddafi menyerang pihak penentang di dua buah bandar yang terletak berhampiran dengan kubu kuatnya di ibu kota Libya, di sini. Beberapa jet pejuang pasukan tentera yang setia pada Gaddafi turut mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur negara itu. Krisis politik di Libya semakin memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) mula meletakkan kapal-kapal perangnya berhampiran perairan negara itu selepas para penunjuk perasaan bertempur dengan tentera upahan Gaddafi. Para penunjuk perasaan itu menuntut peletakan jawatan Gaddafi selepas hampir 42 tahun beliau memerintah tetapi gagal untuk membantu rakyat miskin di negaranya. "Kapal-kapal perang itu akan bertindak sekiranya diperlukan," kata jurucakap Pentagon, Kolonel David Lapan. AS mengumumkan bahawa ia telah menggerakkan kapal induk USS Enterprise dan USS Kearsarge ke perairan Libya. Washington juga meletakkan pesawat-pesawat pejuangnya di dua pangkalan tentera di selatan Itali dalam keadaan siap sedia untuk melakukan misi ketenteraan. Pentadbiran Presiden Barack Obama memberitahu, Washington kini menimbang untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya. Ia bertujuan menghalang Gaddafi daripada terus menggunakan jet-jet pejuang Libya untuk mengebom penunjuk perasaan. Pendirian tegas itu disuarakan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang tidak menolak untuk mengambil tindakan ketenteraan bagi menamatkan tindakan ganas Gaddafi terhadap rakyat Libya. "Gaddafi tidak lagi berhak untuk memerintah Libya, Dia perlu berundur serta -merta tanpa keganasan lanjut," kata Hillary. "Jika zon larangan terbang dikuatkuasakan, tentera asing boleh menembak jatuh pesawat pejuang tentera Gaddafi," tambahnya Komen Setiausaha Negara AS itu mengukuhkan pendirian Perdana Menteri Britain, David Cameron yang mahu menggunakan aset ketenteraan bagi 'menangani' rejim Gaddafi. Sementara itu, Gaddafi memperlekehkan soalan stesen televisyen AS, ABC News yang menyoal sama ada dia akan meletak jawatan. "Rakyat saya sayangkan saya. Mereka sanggup mati untuk saya," kata Gaddafi. Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice menyifatkan komen Gaddafi itu sebagai 'tidak waras'. Dalam perkembangan berkaitan, pihak penentang bergerak untuk menumpukan kekuatan mereka di timur Libya dengan pusat kekuatan tertumpu di bandar Benghazi. Di barat Libya, tentera Gaddafi bagaimanapun berjaya merampas semula kawalan di sempadan Tunisia yang telah jatuh ke tangan pihak penentang. Beberapa saksi berkata, tentera Gaddafi mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur Libya. Pegeboman tersebut dinafikan oleh Kementerian Pertahanan Libya. Rejim Gaddafi turut memperhebatkan kepungan ke atas dua buah bandar yang dikawal pihak penentang berhampiran Tripoli iaitu Zawiya dan Misratah. Kepungan tersebut bagaimanapun, dapat dipatahkan oleh pihak penentang. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Klip video persenda GaddafiKLIP video di laman YouTube yang menunjukkan gelagat Muammar Gaddafi seolah-olah sedang menyanyi. BAITULMUQADDIS - Satu klip video yang mempersendakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menjadi popular dalam laman perkongsian video YouTube di negara-negara Arab. Klip video bertajuk Zenga Zenga itu dicipta oleh seorang wartawan muzik dan blogger dari Tel Aviv, Noy Alooshe. Ia menunjukkan Gaddafi mengangkat tangannya di atas satu podium dalam ucapan yang dibuatnya pada minggu lalu. Lagu berentak rap dan dance itu diubahsuai daripada sebuah lagu nyanyian Pitbull and T-Pain. Namun, liriknya telah digantikan dengan ucapan Gaddafi. "Apabila saya melihat Gaddafi berucap, saya dapati nada dan pergerakannya sempurna untuk dibuat satu klip video," kata Aloshee. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Oman hantar tenteraatasi tunjuk perasaan Posted: Oman hantar tenteraatasi tunjuk perasaanBEBERAPA askar yang berada di atas kereta perisai mengawal kawasan perindustrian Soha di Oman semalam. MUSCAT - Kerajaan Oman semalam menempatkan pasukan tenteranya di utara Muscat dan berdekatan sempadan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tiga hari selepas bantahan antikerajaan berlangsung. Negara itu yang diperintah oleh dinasti keluarga adalah negara di benua Arab terbaru terlibat dalam krisis kebangkitan rakyat di Asia Barat. Para penunjuk perasaan itu berkumpul di Sohar, sebuah bandar pelabuhan 120 kilometer dari arah barat laut Muscat. Mereka yang menuntut kenaikan gaji dan peluang pekerjaan telah bertempur dengan pihak polis di sini. Media tempatan melaporkan beberapa bangunan kerajaan dan pasar raya telah dibakar kelmarin dan pada Sabtu lalu, polis telah membunuh seorang penunjuk perasaan selepas demonstrasi jalanan bertukar menjadi ganas. Seorang jurucakap kerajaan berkata, kekacauan semakin teruk apabila kerajaan menghantar pasukan dan kenderaan tentera di sekitar ibu negara dan sempadan Oman. Bantahan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku di Oman dan pemerintahnya, Sultan Qaboos bin Said menawarkan pembaharuan dalam bidang pentadbiran untuk menenangkan penunjuk perasaan. Pada Ahad lalu, baginda mengarahkan 50,000 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan menawarkan gaji sebanyak 150 rial (RM1,183) sebulan. Sehari sebelum itu, Sultan Qaboos telah merombak enam anggota Kabinetnya. Pada 11 Februari lalu, Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden ekoran bantahan penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur selepas gagal membawa pembaharuan ekonomi di negara tersebut. Pada Januari lalu pula, para penunjuk perasaan di Tunisia juga berjaya menyebabkan Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan setelah beliau yang memerintah selama 23 tahun gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda selain pentadbirannya dicemari skandal rasuah. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan