Berita Harian: Dunia |
Posted: 02 Mar 2011 12:25 PM PST Dunia Gaddafi beri amaran jika Barat campur tangan bantu pemberontakTRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi memberi amaran "beribu-ribu rakyat Libya akan mati" jika negara Barat campur tangan untuk membantu pemberontakan terhadapnya. Berdepan dengan kebangkitan rakyat terhadap pemerintahannya selama 41 tahun, Gaddafi berkata beliau akan melancarkan "perang yang banyak menumpahkan darah." Bercakap kepada penyokongnya di sini yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan, pemimpin kuku besi berusia 65 tahun itu, berkata pemberontakan terhadapnya hanyalah bertujuan menguasai tanah dan sumber minyak Libya."Kami akan berjuang sehingga ke lelaki dan wanita terakhir untuk mempertahankan negara," katanya dalam ucapan yang disambut dengan laungan sokongan terhadapnya. "Anggota sel rahsia Al-Qaeda, sudah menyelusup masuk secara perlahan-lahan. Mereka menganggap dunia ini milik mereka. Mereka berjuang di mana-mana dan perkhidmatan risikan mengenali nama mereka. "Anggota tentera pulang ke rumah dan meninggalkan pangkalan batalion mereka. Sel Al-Qaeda ini merampas senjata dan menguasai pekan itu. "Keadaan yang sama berlaku di Benghazi, satu lagi bandar dikuasai pemberontak." Majlis berkenaan diadakan sejurus selepas kumpulan pemberontak mengumumkan mereka berhasil mematahkan serangan balas tentera yang setia kepada Gaddafi di pekan timur Brega. Seorang wanita bertudung dengan jubah hitam bangun untuk menjerit: "Anda adalah pedang kami yang tidak akan patah." Gaddafi mengecam laporan media yang menyiarkan peletakan jawatan pegawai tentera dan duta Libya. "Jangan percaya laporan itu... tidak ada apa-apa yang berlaku," kataya. NATO berkata, langkah itu akan hanya dilaksanakan jika mendapat mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah mengenakan zon larangan terbang itu adalah untuk menghalang Gaddafi daripada melancarkan serangan udara ke atas kedudukan pemberontak. – AFP INFO: Krisis Libya |
'Sentiasa gembira umur panjang' Posted: 02 Mar 2011 12:23 PM PST Dunia NEW YORK: Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian.Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan. "Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang," kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being. Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – ReutersFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan