Rabu, 2 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rakyat tewaskan tentera kerajaan

Posted: 01 Mar 2011 08:54 AM PST

TRIPOLI: Penentang kerajaan berjaya menghalang cubaan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi untuk merampas semula bandar Zawiya selepas bertempur selama enam jam, kata saksi semalam.

Pemberontak - termasuk tentera yang berpaling tadah - menggunakan kereta kebal, mesingan dan senjata antipesawat menghadapi serangan penyokong Gaddafi yang juga menggunakan senjata sama.


Kata saksi, bandar paling hampir dengan ibu negara Libya itu diserang dari enam arah tetapi tiada laporan kematian diterima.

Zawiya terletak kira-kira 50 kilometer di barat Tripoli.


Cubaan sama dilakukan tentera pro-Gaddafi pada malam kelmarin ke atas bandar Misrata, bandar ketiga terbesar di Libya dan terletak 200 kilometer di timur Tripoli.


Bagaimanapun, cubaan itu digagalkan penentang kerajaan.

Pemberontak berkata, mereka tidak akan mengalah walau apa pun terjadi.


"Kami tahu bandar ini sangat strategik dan penyokong Gaddafi berjuang mahu menguasainya.

"Mereka berjaya ditewaskan kerana kami bersemangat tinggi, manakala mereka langsung tidak bersemangat," katanya.


Gaddafi yang menjadi pemimpin Libya sejak 41 tahun lalu kini hanya menguasai Tripoli dan bandar berhampiran, manakala selebihnya jatuh ke tangan pemberontak.


Kata saksi, pemuda Zawiya ditempatkan di bumbung bangunan tinggi bagi memantau setiap pergerakan tentera pro-Gaddafi.


Saksi juga mendakwa, rejim Gaddafi menawarkan wang lumayan kepada pemberontak supaya menyerahkan semula bandar berkenaan.


Kelmarin, rejim Gaddafi cuba menunjukkan mereka adalah pihak berkuasa yang sah dengan menghantar 18 lori sarat berisi tepung gandum, gula dan telur ke Benghazi - bandar kedua terbesar Libya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AS anggap Libya dipimpin pengkhayal

Posted: 01 Mar 2011 08:53 AM PST

WASHINGTON: Amerika Syarikat melabel Muammar Gaddafi sebagai 'pengkhayal' sambil membekukan pelbagai aset - bernilai RM91 bilion - bagi menekan pemimpin Libya itu supaya melepaskan kuasanya.

Ia adalah sebahagian daripada pendekatan Presiden Barack Obama untuk melemahkan Gaddafi yang sebelum ini berdepan tekanan antarabangsa.


Duta AS ke PBB, Susan Rice, berkata sangat pelik apabila Gaddafi boleh ketawa seperti tiada apa-apa berlaku sedangkan pada masa sama, dia membunuh rakyat sendiri.

"Ia menjelaskan lagi betapa Gaddafi tidak sesuai memimpin," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan