Berita Harian: Dunia |
Posted: 24 Feb 2011 02:26 PM PST Dunia PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli. Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita. "Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun," kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya. Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan 'lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya' namun tidak menjelaskan sumber anggaran. Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut. "Keadaan ini amat serius, rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun. Ini adalah kebangkitan menamatkan pemerintahan Gaddafi. Malah, sokongan kepada Gaddafi tidak sampai lima peratus," kata Mismari. Mismari juga mendakwa, askar upahan yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Libya secara besar-besaran. "Mereka tembak membabi buta sementara tentera udara tidak akan menembak rakyat," katanya lagi. "Gaddafi amat bertuah jika mati. Jika tidak, rakyat mahukan beliau dibicarakan seperti Saddam Hussein." Rejim Gaddafi kehilangan kawasan meluas di timur Libya terhadap pemberontakan itu, ia muncul kelmarin ketika Barat bersiap sedia untuk mengeluarkan rakyatnya secara besar-besaran daripada 'pertumpahan darah' di negara Afrika Utara itu. Katanya, Gaddafi memakai baju kalis peluru di sebalik pakaiannya dan alat perlindungan di bawah serbannya ketika berucap di televisyen Selasa lalu apabila beliau mengarahkan pasukan keselamatan menyuraikan pemberontakan. – Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Gaddafi arah serang balas penentang Posted: 24 Feb 2011 02:25 PM PST Dunia BENGHAZI: Anggota keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melancarkan serangan balas semalam, ketika kumpulan pemberontak terus meningkatkan ancaman terhadap kedudukan beliau dengan menawan beberapa bandar penting berhampiran ibu negara, Tripoli.Kebimbangan terhadap kemungkinan perang saudara besar-besaran di negara Afrika Utara itu mendorong pelbagai negara termasuk Kanada dan China menyewa feri dan pesawat untuk membawa keluar rakyat mereka, walaupun masalah komunikasi berlaku dan keganasan berterusan. Beribu-ribu warga asing memenuhi lapangan terbang Tripoli dengan harapan dapat meninggalkan Libya yang kacau bilau, manakala mereka yang berjaya keluar menyifatkan keadaan semakin buruk dengan makanan dan bekalan air kian berkurangan. Pemimpin dunia mengecam serangan balas berdarah dilakukan Gaddafi bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang memecah-belahkan Libya, manakala Presiden Amerika Barack Obama ketika membuat ulasan pertamanya, mengecam tindakan itu sebagai 'memalukan' dan 'tidak boleh diterima sama sekali'.Obama juga mengarahkan pentadbirannya bersedia dengan pelbagai pilihan termasuk kemungkinan mengenakan sekatan yang boleh membekukan aset dan melarang pegawai Libya melakukan perjalanan ke Amerika. Satu lagi cadangan yang semakin mendapat sokongan ialah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan zon larangan terbang ke atas Libya bagi menghalang negara itu menggunakan pesawatnya untuk menyerang penunjuk perasaan. Pesuruhjaya PBB Bagi Hak Asasi Manusia Ravi Pillay, berkata, jika laporan serangan itu disahkan, 'perlindungan segera perlu diberikan kepada rakyat Libya'.
Pasukan yang setia kepada Gaddafi, semalam menyerang militia anti kerajaan yang menguasai Misrata dan membunuh beberapa pemberontak dalam pertempuran berhampiran lapangan terbang bandaraya itu. "Briged yang pro-Gaddafi berjaya menguasai lokasi terbabit, tetapi kami masih berusaha untuk mengusir mereka. Pertempuran masih berlaku sekarang," kata saksi kepada Reuters. Keganasan juga melanda bandar Az-Zawiyah 50 kilometer ke barat Tripoli. – Reuters |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan