Harian Metro: Global |
Anggota Kongres AS kena tembak Posted: 09 Jan 2011 07:28 AM PST GABRIELLE...wanita Yahudi Arizona pertama ke Kongres. TUCSON: Seorang ahli Kongres cedera parah selepas ditembak di kepalanya, manakala enam lagi - termasuk seorang hakim dan budak perempuan berusia sembilan tahun - terbunuh dalam serangan ganas di Tucson, Arizona, semalam. Pihak polis tidak menolak kemungkinan serangan ke atas Gabrielle Giffords yang mewakili Parti Demokrat itu dilakukan lebih daripada seorang penjenayah.
Sheriff Clarence Dupnik berkata, ketika ini Loughner disoal siasat tetapi tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Seorang hakim persekutuan, John Roll, maut akibat terkena tembakan.
"Kami tidak boleh menyatakan tahap penyembuhan itu, tetapi agak yakin mengenainya," katanya.
|
Perokok dijangka pupus di Britain 50 tahun lagi Posted: 09 Jan 2011 07:24 AM PST LONDON: Amalan merokok mungkin lenyap di Britain dalam tempoh 50 tahun akan datang, kata sebuah bank pelaburan utama, semalam. Penganalisis Citigroup, Adam Spielman, berkata penyelidikan mendapati hampir tiada perokok di negara itu dalam tempoh 30 hingga 50 tahun lagi.
"Jika trend ini berterusan, menjelang 2050 pasaran tembakau akan mati," katanya.
Sejak sekian lama, orang ramai menganggap saham syarikat rokok sebagai tempat selamat untuk melabur kerana menjamin pulangan keuntungan yang tinggi.
Laporan itu menunjukkan permintaan terhadap rokok mula menurun ketika harga pasaran untuk produk itu meningkat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan