Isnin, 10 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Beckham bakal dapat anak

Posted: 10 Jan 2011 02:03 PM PST

Dunia

BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat.

BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat.

Victoria harap timang anak perempuan pula

LONDON: Pemain bola sepak terkenal Britain, David Beckham bakal menimang cahaya mata keempat tahun ini dan isterinya, Victoria berharap anak dalam kandungannya perempuan kerana sudah mempunyai tiga anak lelaki.

Satu sumber mendedahkan suasana ceria ketika Victoria pulang ke rumah keluarganya bagi memberitahu perkara itu. "Victoria tersenyum lebar ketika pulang menemui ibu bapanya. Mereka berpelukan dan menitiskan air mata. Dia meminta adik perempuannya, Louise, memberinya pakaian bayi," kata sumber itu kepada akhbar The Sun.

Pasangan selebriti terkenal itu berkahwin pada 1999 dan sudah mempunyai tiga cahaya mata, Brooklyn 11, Romeo, 8, dan Cruz, 5.

Beckham menyiarkan berita gembira itu di laman Facebook dan menceritakan perasaan gembira tiga anak lelakinya menerima kedatangan orang baru.

"Saya ada berita gembira untuk semua. Saya dan Victoria bakal menimang cahaya mata keempat musim panas ini. Tiga anak lelaki saya sangat gembira dengan kedatangan adik lelaki atau perempuan mereka," tulisnya.
Akhbar The Sun menyifatkan berita itu mengejutkan peminat mereka kerana Victoria tidak menunjukkan sebarang tanda mengandung baru-baru ini.

"Beberapa minggu lalu, Victoria muncul bersama Beckham dalam majlis anugerah personaliti tahun ini tajaan BBC Sports dan perutnya biasa saja," kata The Sun.

Beckham sudah bermain 115 perlawanan untuk England dan dilantik sebagai kapten pasukan negara dari 2000 hingga 2006.

Beliau bermain untuk Manchester United dan Real Madrid sebelum menyertai kelab utama bola sepak Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy pada 2007. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Program Palin tidak disambung

Posted: 10 Jan 2011 02:02 PM PST

Dunia

ALASKA: Rancangan realiti terkenal Sarah Palin terbitan TLC bertajuk, Sarah Palin's Alaska mungkin tidak disambung untuk musim kedua walaupun mendapat kedudukan tinggi tidak terduga bagi saluran itu.

EW melaporkan, tayangan kelmarin menjadi episod terakhir siri realiti itu disiarkan walaupun mendapat purata 3.2 juta penonton setiap minggu. Episod pertama rancangan itu mendapat satu rekod tontonan TLC berjumlah lima juta penonton.

Tiada alasan diberikan mengapa musim kedua rancangan itu tidak disambung. Majalah People melaporkan bahawa satu sumber rapat rancangan itu berkata; "Program itu sentiasa dirancang sebagai satu acara khas dan tiada perbincangan atau keputusan selepas itu." Akhbar Daily Mail mengatakan satu lagi alasan rancangan itu tidak diadakan semula ialah kemungkinan Palin mengambil keputusan bertanding sebagai Presiden pada 2012. Jika beliau mengambil keputusan untuk berkempen jawatan itu, beliau perlu menunjukkan komitmennya untuk memenangi pilihan raya berbanding menghabiskan masa menjalani penggambaran rancangan realiti.

Berita itu sesuatu yang mengejutkan sejak satu sumber memberitahu pemilik PopEater, Rob Shuter bahawa Palin mula bercerita mengenai satu perjanjian baru rancangan musim kedua.

Palin tahu bila masa sesuai untuk menyerang dan mula bercakap mengenai musim kedua selepas rancangan itu mendapat sambutan hebat. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan