Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pelampau Indonesia serang gereja didakwa

Posted:

Pelampau Indonesia serang gereja didakwa

Pelampau Indonesia serang gereja didakwa

JAKARTA 30 Dis. - Ketua Barisan Pembela Islam (FPI) Bekasi, Murhali Barda dan 12 yang lain dihadapkan ke mahkamah hari ini berhubung dakwaan serangan bersenjata ke atas dua pegawai gereja Kristian pada September lalu.

Pendakwa raya, Priorenta dipetik akhbar Jakarta Globe sebagai berkata, Barda didakwa sengaja 'mencetuskan serangan' ke atas paderi Luspida Simanjuntak dan ketua gereja Asia Sihombing semasa kedua-duanya sedang dalam perjalanan ke gereja bagi satu upacara keagamaan di Bekasi.

Menurut laporan akhbar tersebut, dalam kejadian itu Simanjuntak dipukul dengan kayu, sementara Sihombing ditikam.

Dalam perbicaraan berasingan, 12 ahli FPI yang disyaki terlibat dalam serangan sama didakwa melakukan keganasan, kelakuan tidak menyenangkan dan provokasi.

FPI yang menjalin hubungan baik dengan kerajaan, sering melancarkan serangan bersenjata ke atas kumpulan sederhana dan minoriti.

Kira-kira 80 peratus daripada 240 juta penduduk Indonesia beragama Islam, tetapi Perlembagaan negara ini mengamalkan kebebasan beragama. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kemboja dakwa MP Thailand

Posted:

Kemboja dakwa MP Thailand

Kemboja dakwa MP Thailand

PHNOM PENH 30 Dis. - Seorang Ahli Parlimen Thailand, Veera Somkwamkid bersama enam lagi penyokongnya didakwa di Mahkamah Kemboja atas tuduhan memasuki wilayah negara itu secara haram, sekali gus mencetuskan semula ketegangan antara negara berjiran tersebut.

Thailand menghantar Menteri Luarnya, Kasit Piromya ke Phnom Penh hari ini, bagi meminta pembebasan tujuh warganya berkenaan selepas ditangkap semasa memasuki kawasan yang menjadi pertikaian dengan Kemboja.

Kebanyakan daripada tujuh individu tersebut adalah anggota parti politik Thai yang telah mendesak kerajaan mengambil pendirian tegas terhadap Kemboja berhubung pertikaian sempadan.

Hubungan kedua-dua negara telah memulih beberapa bulan kebelakangan ini selepas ketegangan diplomatik tercetus berhubung perebutan kawasan kuil berusia 900 tahun, dan keputusan Kemboja untuk menggaji serta tidak mengekstradisi bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Hubungan kedua-duanya dipulihkan pada Ogos, apabila Kemboja mengumumkan Thaksin telah meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi kerajaan.

Pendakwa raya Kemboja, Sok Roeu memberitahu Reuters, rakyat Thai tersebut dituduh masuk secara haram dan menceroboh zon ketenteraan sempadan Kemboja yang membawa hukuman maksimum 18 bulan penjara.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meminta pembebasan segera mereka dan berkata, kes berkaitan pertikaian sempadan patut diselesaikan di luar mahkamah.

"Jika Kemboja mahu mengekalkan hubungan baik dan lancar, kita seharusnya berpegang dengan komitmen untuk berunding dan bekerja bersama-sama,'' katanya di Bangkok. - REUTERS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan