Rabu, 22 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Keadaan beransur pulih

Posted:

Keadaan beransur pulih

Keadaan beransur pulih

LONDON 22 Dis. – Perkhidmatan penerbangan dan kereta api antarabangsa beransur-ansur pulih di beberapa bahagian Eropah hari ini tetapi kesan berlarutan daripada ais dan salji tebal yang telah mencetuskan keadaan huru-hara masih menjejaskan jadual perjalanan.

Gangguan terhadap perkhidmatan udara dan kereta api laju di benua Eropah dan perkhidmatan yang menghubungkan Britain dengan benua itu, menimbulkan igauan menjelang Krismas bagi puluhan ribu penumpang sejak salji tebal mula turun pada hujung minggu lepas.

Keadaan itu turut mencetuskan desakan supaya diadakan undang-undang bagi memaksa pihak berkuasa lapangan terbang mengambil langkah lebih berkesan bagi menghadapi keadaan salji tebal dan cuaca buruk yang lain.

Ketua pengangkutan Kesatuan Eropah (EU), Siim Kallas berkata, beliau bercadang untuk memaksa pihak lapangan terbang menyediakan sokongan infrastruktur yang mencukupi semasa cuaca buruk.

Lapangan Terbang Heathrow di London dan Frankfurt di Jerman mengumumkan operasi masing-masing semakin pulih setelah kedua-duanya mengalami gangguan teruk pada awal minggu ini.

Menurut Heathrow, landasan keduanya sudah dibuka semula, sekali gus memberi sinar harapan bagi beribu-ribu penumpang yang terkandas di balai berlepas, sesetengahnya sejak berhari-hari lalu dalam suasana yang digambarkan oleh akhbar Britain sebagai menyerupai kem pelarian.

Penerbangan di Lapangan Terbang Frankfurt mula pulih pagi semalam selepas lapangan terbang itu tutup beberapa jam pada malam sebelumnya.

Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa berkata, situasi di Frankfurt 'beransur-ansur kembali seperti biasa' dan 'terdapat prospek yang cerah untuk memulihkan operasi penerbangan'.

Pengendali kereta api laju di antara London dan Brussels dan Paris, Eurostar berkata, perkhidmatan daftar masuknya akan kembali seperti biasa tetapi penumpang diminta tidak datang ke stesen sehingga sejam sebelum waktu berlepas 'bagi mengelakkan kesesakan dan tempoh menunggu terlalu lama'.

Semalam, beribu-ribu orang terpaksa beratur berjam-jam dalam cuaca sejuk di luar stesen St. Pancras, utara London kerana semua tiket Eurostar habis dibeli oleh penumpang yang tidak dapat menaiki penerbangan. – Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tidak akan berkorban demi cinta

Posted:

Tidak akan berkorban demi cinta

Tidak akan berkorban demi cinta


Benigno Aquino bersama Shalani Soledan (kiri) yang pernah menjadi kekasihnya tetapi berakhir selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina. – AP


MANILA 22 Dis. – Presiden Filipina, Benigno Aquino yang merupakan lelaki bujang paling terkenal di negara ini mempunyai mesej yang jelas kepada semua wanita yang belum berkahwin, 'beliau tidak akan melepaskan jawatan presiden kerana cinta'.

Aquino, 50, yang dilaporkan berpacaran dengan tiga wanita muda sejak memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Mei lalu, nampaknya semakin pasrah dengan kemungkinan beliau akan membujang apabila penggal perkhidmatannya tamat pada Jun 2016.

Beliau memberi jawapan tegas apabila ditanya pada satu forum awam semalam mengenai wanita idaman yang boleh mendorong beliau untuk melepaskan jawatan presiden.

"Saya tidak akan dapat berdepan dengan rakyat yang berkorban untuk menyokong saya.

"Saya sudah berjanji kepada mereka dan saya tidak boleh mengecewakan mereka. Setelah semua ini berakhir dan saya berjaya mendatangkan perubahan, kita akan merenung balik untuk mengatakan saya telah melakukan sesuatu yang ternyata lebih baik," kata Aquino dalam bahasa tempatan.

Aquino yang sebelum ini merungut kerana beliau tidak lagi ada masa untuk kehidupan peribadinya berkata, beliau kini mengakui pengorbanan yang perlu dibuat bagi memenuhi tuntutan jawatan presiden.

Adik perempuannya yang juga pengacara rancangan wawancara di televisyen, Kris Bernadette Aquino pada awal minggu ini mendedahkan, Presiden kini mesra dengan seorang broker saham, Len Lopez, selepas hubungannya dengan seorang lagi teman wanita, Liz Uy menemui masalah.

Aquino memutuskan hubungan dengan seorang ahli politik tempatan, Shalani Soledan tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 30 Jun lalu.

Mengulas tentang pendedahan Kris, Aquino secara berseloroh berkata, beliau tidak memberi izin kepada adiknya itu untuk bercakap bagi pihak beliau tentang hal-hal percintaan. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan