Berita Harian: Dunia |
Posted: 22 Dec 2010 08:02 AM PST Dunia TENTERA Korea Selatan meronda kawasan dekat pantai di Dangjin, 80 kilometer di barat laut Seoul. - Foto AP SEOUL: Beratus-ratus askar, pesawat pejuang, kereta kebal dan helikopter penyerang Korea Selatan memulakan latihan tentera besar-besaran terbaru dekat sempadan yang dikawal ketat, manakala Korea Utara dilihat terus mendiamkan diri buat masa ini. Korea Selatan semalam berikrar menghukum musuh menerusi latihan itu, sebulan selepas Korea Utara melancarkan serangan meriam. Walaupun Korea Utara menarik balik ancaman untuk bertindak balas terhadap latihan ketenteraan Korea Selatan di bahagian barat perairan yang dituntut kedua-dua negara, pasukan keselamatan Seoul diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini berikutan kemungkinan Pyongyang melakukan serangan mengejut. Serangan meriam Korea Utara ke atas pulau YeonPyeong pada 23 November lalu menyebabkan empat orang terbunuh termasuk dua orang awam.Korea Utara, bagaimanapun, menunjukkan beberapa isyarat mahu berdamai sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan memberitahu Gabenor New Mexico, Bill Richardson yang melawat negara itu bahawa ia bersedia menimbang untuk membenarkan badan antarabangsa memeriksa program nuklearnya. Richardson turut memuji Pyongyang kerana tidak lagi berdolak-dalik, manakala lawatannya ke Korea Utara dapat membuka jalan bagi rundingan yang bermatlamat menamatkan program nuklear Korea Utara. Bagaimanapun perkembangan ini tidak diendahkan Korea Selatan, sebaliknya Seoul terus bersiap sedia menghadapi sebarang pencerobohan.
Angkatan laut Korea Selatan memulakan latihan tahunan anti kapal selam selama empat hari di perairan laut timur yang kurang terbabit dengan ketegangan semalam. Pasukan tentera darat dan udara Korea Selatan juga merancang mengadakan latihan bersama berhampiran sempadan kedua-dua negara. Tentera dalam satu kenyataan berkata, latihan itu, yang ke-48 tahun ini, adalah latihan bersama terbesar pernah dilakukan pasukan keselamatan negara itu pada musim dingin. Latihan membabitkan 800 anggota, pesawat tempur F-15K dan KF-16, kereta kebal K-1, helikopter penyerang AH-1S dan pelbagai senjata automatik, kata kenyataan itu. Seorang pegawai yang namanya tidak didedahkan berkata, Korea Selatan sebelum ini merancang mengadakan hanya 47 latihan perang tahun ini, tetapi mengambil keputusan menambah satu lagi latihan berikutan hubungan tegang dengan Korea Utara. Agensi berita Yonhap melaporkan, Seoul menempatkan lebih banyak meriam
|
Gempa 7.4 skala richter landa Ogasawara Posted: 22 Dec 2010 08:01 AM PST Dunia TOKYO: Ramai penduduk di kepulauan terpencil Pasifik di Jepun naik ke kawasan tinggi pagi semalam selepas gempa dengan kekuatan 7.4 skala Richter melanda dan mencetuskan amaran tsunami.Gempa dasar laut itu berlaku pada 2.19 pagi waktu tempatan (1719 GMT Selasa), menyebabkan penduduk terjaga daripada tidur mendengar pengumuman pembesar suara dipasang di seluruh pulau Ogasawara. Pihak berkuasa juga memberi amaran risiko ombak tsunami setinggi dua meter menghala ke pantai. Gempa itu berpusat di timur Chichi-shima dan diikuti beberapa gempa susulan dengan kekuatan antara 5.3 dan 5.6 yang berterusan sehingga pagi.Kira-kira tiga jam selepas gempa, ombak setinggi 60 sentimeter dipantau 700 kilometer dari Hachijo-shima, sebahagian rangkaian pulau Izu yang terletak di selatan Tokyo, kata agensi kaji cuaca. Ombak setinggi 20 sentimeter turut sampai di pulau utama barat daya Jepun, kata agensi itu. Amaran tsunami itu kemudian dibatalkan dan semua peringatan ditarik balik lima jam selepas gempa melanda pulau itu, kira-kira 1,000 kilometer selatan ibu kota ini. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
Ia gempa terbesar yang pernah saya alami, kata Masae Nagai, pemilik hotel di Chichi-shima, sebahagian kepulauan terpencil juga digelar pulau Bonin. AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan